ads

Khamis, 17 April 2014

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Seorang maut, ribuan lagi terjejas banjir <b>di Keningau</b>

Posted: 13 Feb 2014 01:15 AM PST

banjir1KOTA KINABALU: Kejadian banjir yang melanda sekitar daerah Keningau hari ini (Feb 13) bukan sahaja menjejaskan ribuan penduduk di sini, malah turut mengorbankan seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

Kanak-kanak perempuan terbabit dipercayai meninggal dunia akibat lemas selepas bot dinaikinya bersama 13 mangsa banjir lain terbalik di Kampung Mempikit, Keningau.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.33 pagi ketika pasukan pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di kampung berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan arus deras pada ketika itu menyebabkan semua mangsa dalam bot panik dan berdiri, menyebabkan bot tidak stabil lalu terbalik.

Semua 14 mangsa kemudian berjaya diselamatkan namun seorang kanak-kanak berusia dua tahun tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Keningau oleh anggota bomba, bagaimanapun, dia kemudian disahkan meninggal dunia selepas itu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohd Afendy K Ramin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian itu.

banjir3Sementara itu, kejadian banjir yang berlaku di daerah berkenaan turut menyebabkan ribuan penduduk terjejas dan kebanyakan sekolah terpaksa ditutup.

Penduduk di beberapa perkampungan termasuk Kampung Ansip dan Pagulungan, di sini, juga turut terperangkap berikutan laluan utama ditenggelami banjir.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 28 sekolah termasuk sebuah sekolah menengah di Keningau, Beaufort, Tenom, Nabawan dan Sandakan, ditutup kerana terjejas akibat banjir, hari ini.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata ia membabitkan seramai 5,493 murid dan 652 guru. -WB

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved