ads

Khamis, 13 Mac 2014

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


PAS <b>Sabah</b> gesa kerajaan selesai masalah trafik <b>di</b> Sadong Jaya <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 04:00 PM PST

1798777_695200170518787_1737751420_n

KOTA KINABALU: Kesulitan yang dialami oleh masyarakat di Kota Kinabalu berhubung dengan ruang parkir yang tidak mencukupi dan kesesakan trafik yang teruk di Sadong Jaya mendapat perhatian daripada PAS Sabah.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Hamid Ismail, yang turun meninjau keadaan ini kelmarin berkata bahawa kerajaan harus mengambil langkah-langkah drastik untuk menyelesaikan dua masalah ini. "dua masalah ini telah berlaku sebelum pembinaan River Park di Sembulan lagi. Cuma kini dua masalah ini kian bertambah teruk terutamanya apabila orang ramai tidak lagi dibenarkan untuk meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan", kata Hamid. Hamid menambah bahawa Sadong Jaya adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan ramai kerana terdapat jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta, kedai-kedai perabot, kolej, hotel-hotel, restoran-restoran dan bank-bank di sana. Oleh itu, beliau menggesa kerajaan menyelesaikan perkara ini dengan segera.

Sementara menunggu tindakan penyelesaian daripada kerajaan, Hamid mencadangkan penyelesaian sementara iaitu DBKK dan polis trafik membenarkan bahu-bahu jalan di antara bangunan KWSP dan Sadong Jaya dijadikan ruang parkir. Sehubungan dengan perkara ini, Hamid mencadangkan agar DBKK dan polis trafik membatalkan saman-saman yang telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan di antara bangunan KWSP dan Sadong Jaya sejak penutupan bahu-bahu jalan tersebut sebagai ruang parkir dalam bulan Januari 2014. Hamid berharap agar DBKK dapat menjadikan bahu-bahu jalan tersebut sebagai ruang parkir tetap sebagai penyelesaian jangka panjang. Hamid juga mencadangkan agar arus trafik di Sadong Jaya dikaji semula selaras dengan pembangunan yang giat dilakukan di Sadong Jaya dan kawasan sekitarnya.

Tegas Hamid, kerajaan sewajarnya memberi perhatian khusus mengenai isu ini selaras dengan slogan ''rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.'' Bukan hanya sekadar retorik semata-mata.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved