ads

Khamis, 27 Mac 2014

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Budak perempuan, 5, maut nahas jalan raya <b>di Tenom</b>

Posted: 24 Mar 2014 12:15 AM PDT

Kenderaan jenis double cab remuk dalam kemalangan itu.

Kenderaan jenis double cab remuk dalam kemalangan itu.

KOTA KINABALU: Seorang budak perempuan berusia 5 tahun, maut dalam nahas jalan raya apabila kereta "double cab" yang dipandu bapanya, terbabas dan terbalik kemudian masuk dalam longkang di kiri jalan itu.

Pemandu berbangsa Timor dipercayai hilang kawalan ke atas kereta yang dibawanya.

Kejadian berlaku pada Ahad, kira-kira jam 2.10 petang di kilometer 17 dekat simpang ke Kampung Tepoh, Tenom.

Pemandu itu, Lambatus Matius 51, berbangsa Timor dan tinggal di Kg Amboi, dikatakan dalam perjalanan balik ke Tenom dari Keningau.

Turut bersamanya dalam kereta itu ialah isterinya warga tempatan, 44 tahun, dan dua anak perempuan mereka Mary Grace Lambatus 5 tahun (mati di tempat kejadian) dan Vivian Lambatus, 4, yang hanya mengalami kecederaan ringan.

Mangsa nahas disahkan meninggal oleh doktor di hospital di sini, kira-kira jam 6.30 petang akibat kecederaan serius di kepala dan pendarahan teruk pada bahagian dalaman tubuh mangsa.

Ketua Polis Daerah di sini, Deputi Suprintendan Polis (DSP) Mohd Firdaus Abdullah, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kes akan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

DSP Mohd Firdaus menasihatkan para pemandu kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengikut had kelajuan yang ditetapkan.

"Sayangilah keluarga anda ketika bersama kamu dalam perjalanan," tegasnya. – AM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved