ads

Jumaat, 28 Mac 2014

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


262 pendatang ditahan dalam Ops Gasak 3 <b>di Semporna</b> | ACT for <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2014 01:21 AM PST

opsSEMPORNA: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) hari ini melancarkan Ops Gasak 3 di Pulau Nusa Tengah dan Pondohon iaitu pondok-pondok di laut berdekatan Pulau Nusa Tengah, perairan Semporna yang menyaksikan 262 individu yang dipercayai pendatang tanpa izin (Pati)  ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah.

Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek berkata kesemua mereka berusia dalam lingkungan enam bulan hingga 76 tahun itu ditahan pada operasi yang bermula pada pukul  6.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 2.00 petang.

Beliau berkata daripada jumlah individu yang ditahan itu, 121 adalah lelaki manakala selebihnya wanita.

"Kita telah membuat pemeriksaan dan menahan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau memilik dokumen yang meragukan, dan kita serahkan kepada Jabatan Imigresen untuk mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang sedia ada," katanya  selepas meninjau operasi Gasak 3 di sini.

Turut hadir  Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Esscom Datuk

Abdul Rashid Harun, Pengarah Bahagian Pertahanan Mej Jen Datuk Masrani Paiman dan  Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan Mej Jen Datuk Mohd Noor Osman.

Mohammad berkata Ops Gasak 3 merupakan operasi bersepadu yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM),  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Daerah Semporna.

"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang baik antara pelbagai agensi tersebut yang turut sama menjayakan Ops Gasak 3 yang antara lain bertujuan membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada didiami Pati,, " katanya.

Beliau berkata Ops Gasak, yang sebelum ini tertumpu di pulau-pulau, berkemungkinan akan diperluaskan ke perkampungan air pada masa akan datang.

Roboh rumah Pati

Mohammad turut meminta majlis daerah Semporna supaya merobohkan rumah-rumah yang diduduki Pati bagi memastikan tidak ada lagi Pati yang bertapak di daerah itu, khususnya di Pulau Nusa Tengah.

Katanya Ops Gasak 3 merupakan susulan kepada Ops Gasak2 di  Kalapuan pada 29 Disember lepas, dan Ops Gasak 1 yang dilancarkan pada 24 Nov lepas melibatkan empat pulau iaitu Pulau Pom Pom, Pulau Mataking, Pulau Mabul dan Kapalai yang kesemuannya dalam kawasan Esszone.

Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Penubuhan Esscomdiumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melawat Lahad Datu pada 7 tahun Mac tahun lepas bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Februari tahun yang sama.

from your own site.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved