ads

Sabtu, 22 Mac 2014

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Menara VTMS dirasmi <b>di Sandakan</b> | ACT for Malaysia

Posted: 17 Mar 2014 12:21 AM PDT


vtmsSANDAKAN : Menara Pusat Kawalan Sistem Pengurusan Trafik Kapal atau Vessel Traffic Management System (VTMS) di pelabuhan Sandakan memberi kemudahan   kepada pengguna pelabuhan di samping kemudahan keselamatan.

Bangunan menara VTMS itu juga telah ditingkatkan dengan kelengkapan moden, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selepas merasmikan menara itu di pelabuhan Sandakan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur berkata, menara bernilai RM6 juta ringgit itu yang siap dibina pada Ogos 2012 turut menyokong agensi penguatkusaan berkaitan seperti polis marin, Agensi Penguatkuasaan Marin Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan jabatan serta agensi kerajaan lain seperi Kawasan Selamat Timur Sabah (ESSCOM).

"Menara di pelabuhan Sandakan merupakan menara VTMS yang ke 3 selepas Sepanggar dan Lahad Datu, manakala menara VTMS Tawau dan Kimanis dijangka siap dibina tahun ini," katanya.

Beliau berkata, menara yang dilengkapi sistem tersebut mampu mengesan pergerakan kapal sejauh 40 batu nautika dan menyimpan rekod pergerakan kapal dan pergerakan laut selama enam bulan.

Pairin yakin menara tersebut akan membantu meningkatkan tahap keselamatan dari segi keberkesanan agensi pelabuhan, sekali gus berupaya meningkatkan ekonomi Sabah.

Berhubung dengan pembinaan projek Jalan Bokar-Batu Sapi, Pairin berkata, Kerajaan negeri telah melantik kontraktor baharu untuk menyiapkan projek berkenaan.

Beliau turut mengakui pihaknya tidak puas hati dengan prestasi kerja kontraktor terdahulu dan meminta penduduk sekitar supaya bersabar.

Turut hadir ialah Pembantu-pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Datuk Bobbey Suan, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dan Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk John Anthony.

Pairin berharap kontraktor baharu itu dapat melaksanakan kerja dengan memuaskan dengan mengambil kira aspek ketahanan, ketebalan dan bentuk jalan.

Beliau turut menggesa kontraktor pada projek jalan raya lain supaya menghasilkan kerja mengikut jadual dan aspek yang dikehendaki.

Di samping itu, beliau juga meminta rakyat supaya menyalurkan aduan ke saluran yang betul daripada mengkritik kerajaan.

Jelasnya, aduan yang dibuat terus ke jabatan berkaitan akan memastikan tindakan diambil segera.

Visit www.fmtborneoplus.com for extensive coverage on Sabah and Sarawak

from your own site.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved