ads

Rabu, 19 Mac 2014

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


DUNIA ITU: Warga emas maut kemalangan 3 kenderaan <b>di Sandakan</b>

Posted: 13 Mar 2014 07:56 PM PDT

Mayat mangsa diangkat oleh pihak polis


SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dengan lori dan bas di Batu 3.5 Jalan Utara, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa dikenali sebagai Hiew Yu Choi ,72, meninggal di tempat kejadian.

"Dalam kejadian 8.30 pagi, mangsa yang memandu kereta dari arah Batu 4 membuat pusingan U sejurus tiba di Batu 3.5.

"Ketika membuat pusingan U itu, kereta mangsa berlanggar dengan sebuah lori sebelum melanggar sebuah bas yang berhenti di tepi jalan berkenaan," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar oleh polis ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat.

Rowell berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Utusan Borneo 14 Mac 2014

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved