ads

Ahad, 9 Mac 2014

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Mufti Sabah dedah 17 permohonan nikah mutaah <b>di Papar</b> | ISMAWeb

Posted: 13 Dec 2013 04:53 AM PST

mufti sabah
KOTA KINABALU, 13 Dis – Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar hari ini mendedahkan beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Katanya perkara itu menunjukkan fahaman Syiah kini menular ke kawasan luar bandar di Sabah.

Kewujudan usaha untuk kahwin mutaah itu terdedah kerana pemohon perlu mendapat perakuan bersumpah daripada pegawai daerah, katanya dalam ceramah bertajuk 'Golongan Syiah Melalui Perspektif Ahli Sunah Waljamaah' bersama warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kepayan, dekat sini.

Bongsu juga berkata pihak berkuasa memantau rapi penularan fahaman itu yang boleh memecahbelahkan ummah dan memesongkan akidah umat Islam.

Fahaman Syiah ini dipercayai disebar menerusi perniagaan, pendidikan, parti politik dan juga badan bukan kerajaan, katanya. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved