ads

Khamis, 13 Mac 2014

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Peniaga Warga Pakistan Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2014 03:12 AM PST

KOTA KINABALU: 12 Feb — Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan seorang peniaga warga Pakistan daripada tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan di Kota Marudu dua tahun lalu.

Hakim Ishak Bakri memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Amir Ali Khan Nawaty.

"Setelah menimbang dengan teliti semua bukti yang dikemukakan dalam kes ini, saya dapati tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa dan punca kematiannya adalah disebabkan oleh tertuduh.

"Ini bermakna pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh," katanya.

Ishak turut memerintahkan Amir Ali Khan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk memeriksa dokumen perjalanan dirinya.

Amir, 40, didakwa menyebabkan kematian Norikoh Saliwa, 16, di dalam sebuah lori di sepanjang Jalan Km2.8, Jalan Kota Marudu-Langkon antara pukul 11 pagi dan 12.30 tengah hari pada 25 Nov 2012.

Amir Ali Khan, yang diwakili peguam Rakhbir Singh didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Semasa perbicaraan antara Februari dan September tahun lalu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin mengemukakan lebih 10 orang saksi.

Sementara itu, Raja Zaizul Faridah berkata pihak peguam kanan persekutuan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. – BERNAMA

Irwin&#39;s Blog: Laporan Sumbangan Saudara Baru <b>di</b> Kampung <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2013 07:26 PM PST

Laporan Sumbangan Saudara Baru di Kampung Kionsom Baru, Kota Marudu

Pada 14 November 2013, sumbangan yang telah dikutip dikumpulkan untuk dimasukkan di dalam kotak bagi memudahkan barang-barang tersebut untuk dibawa ke Kota Marudu. Pada keesokan harinya pula bersamaan pada 15 November 2013 (Jumaat) selesai mengerjakan solat jumaat, kami seramai 4 orang sebagai wakil penyerahan sumbangan bertolak dengan menaiki Bas Durok ke pekan Keningau. Dengan menaiki bas mini kami tiba di Kota Kinabalu, Barang-barang yang banyak itu saya telah minta seorang hamba Allah untuk membantu membawanya ke Kota Kinabalu memandangkan hamba Allah itu mempunyai kenderaan. Selesai Bersolat (dijamakkan). Kami terus menaiki Bas ke Kota Marudu. Perjalanan ke Kota Marudu mengambil masa selama 2 jam setengah, tetapi memandangkan bas tersebut banyak kali berhenti untuk mengambil penumpang, menyebabkan kami tiba di Kota Marudu lebih kurang jam 8 malam. Perjalanan kami menjadi 5 jam.

Setelah tiba di Kota Marudu, bersolat, dan terus pulang ke Kg Kionsom Baru. Kami berehat dan  keesokan harinya lebih kurang jam 11.30 pagi kami menyerahkan barang-barang dan berupa wang, hasil sumbangan Pelatih IPGKK dan orang ramai yang prihatin diamanahkan kepada kami kepada wanita muallaf tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dengan bantuan ini saya mengucapkan terima kasih  kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, para pelatih dan orang ramai yang membantu wanita muallaf tersebut. Saya sangat bersyukur kerana suara saya didengari oleh para sahabat saya yang prihatin, dan seharusnya kita merasa senang hati kerana telah menunjukkan hakikat persaudaraan Islam yang sebenar kepada wanita muallaf tersebut. Semoga Allah mengantikan harta yang kamu sedekahkan dengan sesuatu yang lebih baik daripada itu. dan Inilah Persaudaraan Islam !

Berikut di bawah adalah gambar bukti sebagai dokumentasi :  




p/s lelaki yang berbaju putih dan panjang janggut itu bukan suami dia tapi abang saya.

Harapan 
Diharap aktiviti yang seperti ini akan dijalankan dimasa-masa akan datang, Insyallah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved