ads

Ahad, 9 Mac 2014

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Pelajar perempuan maut dilanggar bas sekolah <b>di Beluran</b>, Sabah <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2014 04:00 PM PST


Pelajar perempuan maut dilanggar bas sekolah di Beluran, Sabah | Seorang pelajar perempuan maut selepas dilanggar bas sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah di Km38, Jalan Sapi-Nangoh dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Siti Nur Hajidah Ajid, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi Beluran. "Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa dilanggar sebuah bas sekolah milik sebuah syarikat perladangan yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun. "Mangsa yang cedera parah di kepala dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," kata beliau. -Utusan

.

BLOG SABAH: 10 <b>di beluran</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Feb 2014 07:36 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DUNIA ITU: 2 maut 2 parah nahas <b>di Beluran</b>

Posted: 03 Feb 2014 05:16 PM PST

BELURAN 3 Feb. - Dua maut dan dua lagi parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Km45 Jalan Beluran-Telupid semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, DSP Shivanathan Velautham berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kereta Abdil Muhammad, 29, dan penumpang hadapan Mohd. Farid Mohd. Inal, 23.

Mereka yang cedera dikenali sebagai Rosmah Rosli, 27, dan Siti Atikah Arsyid, 21.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 malam apabila kereta itu yang datang dari arah Telupid menuju Sandakan didapati memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut.

Anggota bomba dan penyelamat turut dihubungi bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk, katanya.

Sivanathan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat manakala dua wanita berkenaan dihantar bagi menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, pemandu lori itu tampil membuat laporan di Balai Polis Beluran dan ditahan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

3 Feb 2014

RM3.15 juta baiki rumah nelayan pesisir pantai <b>di Beluran</b> ABN <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2014 03:31 AM PST

BELURAN – Kerajaan akan membelanjakan RM3.15 juta untuk membaik pulih 263 rumah nelayan pesisir pantai di kawasan Parlimen Beluran, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee.

Ronald, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkata bantuan itu disalurkan melalui Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Beluran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bantuan itu, katanya, merupakan usaha berterusan membantu golongan nelayan dan memastikan mereka tinggal di kediaman yang selesa.

"Ini antara pelbagai bantuan disediakan oleh kerajaan melalui jabatan dan agensi berkaitan kepada kumpulan masyarakat itu," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan peralatan perikanan di bawah Skim Kredit bersubsidi Ko-Nelayan di Kampung Pulau Keniogan dekat sini hari ini.

Tujuh belas nelayan di pulau itu menerima peralatan berupa enjin sangkut, perahu dan pukat, keseluruhannya berharga RM13,000, kepada setiap penerima.

Menurut Ronald ini bukti kerajaan tidak pernah berhenti membantu meningkatkan tahap kehidupan semua golongan masyarakat termasuk nelayan. – Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved