10 di tawau - Google Blog Search |
Di Jari Pena Menari: Hanya <b>Di Tawau</b> @ Pasar Tanjung Posted: 10 Feb 2014 04:52 PM PST Weekend baru ini sebenarnya kami balik Tawau. Rindu Bonda dan nak jumpa adik lelaki ku yang nak balik Pahang Isnin semalam (dia balik cuti sempena Tahun Baru Cina). Walaupun balik hanya satu malam, terubat juga rindu dengan mak dan bumi Tawau. Hehe! Sebelum nak balik ke Lahad Datu semula pada Ahad petang tu kami singgah di Pasar Tanjung, Tawau. Pasar yang terkenal dengan pelbagai jualan hasil bumi Tawau. Kalau korang nak tahu, Pasar Tanjung ini adalah Pasar Tertutup yang terbesar di Malaysia. Hah! inilah yang paling best bila ke Pasar Tanjung ni. Pelbagai pilihan ikan masin, bilis, sotong kering, rumpai laut dan macam-macam lagi dengan harga yang murah. Puas hati bila membeli. En Kuling tengah memilih ikan masin & bilis yang nak dibawa balik ke Lahad Datu. Isk! macam semua nak di beli. Haha! rambang mata oohh. Kalau di Tawau memang di sinilah tempat nak beli makanan laut. Boleh didapati dengan harga murah dan berkualiti berbanding di tempat lain. Siap boleh request, kalau kita nak kirim atau bawa balik ke mana-mana, penjual akan bungkuskan siap-siap dalam kotak. Memang memudahkan pembeli. |
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan