ads

Sabtu, 8 Februari 2014

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


It&#39;s a Lifetime Journey: Jalan-Jalan Naik Bot <b>Di Semporna</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2014 04:03 PM PST

Perjalanan dari Tawau ke Semporna lebih kurang 2 jam dengan menaiki van. Kenapa kami ke Semporna? Untuk ke Pulau Mabul ( berhampiran Sipadan ), kami perlu menaiki bot dari Semporna. Jalan raya agak baik dan tidak begitu sibuk.
Sekali lagi kami melilih bermalam di Semporna untuk berjalan-jalan sekitar pekan kecil tesebut. Namun keadaan hari yang basah dan hujan yang turun sekali-sekala membuatkan kegiatan kami agak terhad.
Dari hotel Sea Fest yang kami duduki jelas memperlihatkan kegiatan laut yang sibuk. Seolah-olah laut dijadikan cara menghubungi antara satu kawasan dengan yang lain. Namun, keadaan laut yang agak kelam tidak mematahkan rancangan kami. Lalu kami menyewa sebuah bot untuk berjalan-jalan melihat kegiatan penduduk tempatan. Emm…kami juga disimbah hujan yang agak lebat ketika di dalam bot. Pengalaman yang sangat mengujakan. Apa tidaknya, kami yang duduk di darat ini sedikit ketakutan dan hampir basah kuyup kami.


Hotel Sea Fest yang kami pilih. Hotel ini menghadap ke laut dan dari bilik kami dapat melihat kegiatan laut yang sibuk itu. Menarik sekali dan kami mula membayangkan apa yang bakal kami saksi untuk hari-hari seterusnya.


Permandangan dari bilik hotel kami.

Kami berjalan-jalan sekitar kawasan. Walaupun cuaca agak lembap, namun ia tetap menyerlahkan suasana laut yang jernih dan cukup membuatkan teruja.



Antara penginapan yang juga boleh dipilih pengunjung.

Antara jeti yang sangat sibuk. Digunakan penduduk tempatan untuk bergerak dari satu lokai ke lokasi yang lain.



Bot yang kami naiki berhenti sebentar di Pulau Bum Bum. Seorang kanak-kanak tempatan yang sangat sporting memebrikan pos buat kami. Senyum jerr... 
Pemandu bot memberitahu kami bahawa ini sebahagian aktiviti penduduk tempatan. Ingat lagi isi kahanga yang saya catatkan sebelum ini. Ini proses memecahkan kahanga untuk diambil isinya sahaja.


InsyaAllah saya coretkan tentang Bajau Laut dalam catatan seterusnya. Melihat mereka, saya sedar betapa uniknya masyarakat Malaysia.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved