ads

Selasa, 11 Februari 2014

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Qiadah <b>papar</b> peralihan kepimpinan <b>di</b> Kelantan - Harakah Daily

Posted: 05 Feb 2014 09:53 PM PST

KOTA BHARU: Majalah berimej korporat pertama di Kelantan yang diterbit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kini muncul lagi dengan tajuk "Terima Kasih Tok Guru".

Tajuk utama itu digandingkan dengan ucapan "Selamat Bertugas Ustaz Mat", turut dipaparkan gambar Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersalam mesra dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Edisi ke-13 tersebut mulai diedar minggu lepas memuatkan pelbagai rencana menarik sekitar peralihan kepemimpinan utama kerajaan negeri selepas pilihan raya umum lalu.

Turut diketengahkan gambar-gambar sekitar pertemuan sulung Menteri Besar Kelantan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya Disember lalu.

Rencana utama ditulis penulis tersohor, Dinsman mengetengahkan kembali model pemerintahan Islam di Kelantan di bawah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Selain itu dimuatkan rakaman ucapan terima kasih daripada rakyat Kelantan pelbagai kaum dan agama kepada Tok Guru.

Pembaca Qiadah turut berpeluang mengenali lebih dekat barisan anggota Exco kerajaan negeri penggal ke-13, lengkap dengan biodata dan misi serta misi mereka.

Manakala bagi mereka yang belum mengenali dari dekat Menteri Besar Kelantan yang baru, turut dipaparkan siapa Ustaz Mat.

Keunikan Masjid Pulau Melaka, lokasi kediaman Tok Guru turut dipersembahkan kembali dengan mengungkitkan semula fakta-fakta sejarah awalnya.

Orang ramai yang berminat bagi mengikuti dari dekat majalah tersebut boleh melayari www.pmbk.gov.my.   

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved