ads

Khamis, 6 Februari 2014

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


2 Orang Meninggal Dunia Dalam Nahas Pesawat MASwing Yang <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 06:20 PM PDT

Hishammuddin: Hasil siasatan nahas pesawat di Kudat didedah kepada umum

Hishammuddin: Hasil siasatan nahas pesawat di Kudat didedah kepada umum

Kudat: Malaysia Airlines (Mas) mengesahkan dua mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat semalam. Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96. Bansh yang mana merupakan anak kepada seorang juruterbang helikopter yang berkhidmat dengan Sabah Air meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, kira-kira 9 malam akibat kecederaan di kepala dan badan.

Manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah selain 10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54 petang.

Punca kejadian sedang dalam siasatan. Sementara itu, MAS pula mengesahkan hanya enam sahaja yang cedera daripada 16 penumpang kapal terbang iaitu 15 warganegara Malaysia dan seorang warga Filipina. Kesemua penumpang sudah dikeluarkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan yang perlu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera. Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew. "Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang.

Sementara itu, Pegawai Kanan Penolong Penguasa, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 3.15 petang.

"Sepasukan anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian dalam masa beberapa minit," katanya. Menurutnya, terdapat tumpahan minyak di tempat kejadian namun pihak Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal keadaan sebelum berlaku sebarang perkara tidak diingini.

TZZ0001lManakala salah seorang saksi kejadian yang enggan namanya disiarkan berkata angin kencang menyebabkan pesawat berkenaan teralih arah akibat angin kuat dan menghala ke kawasan rumah sebelum melanggarnya. Saksi berkenaan berkata pihak ambulan yang tiba ke tempat kejadian bergegas membawa penumpang yang cedera parah iaitu juruterbang dan pembantu juruterbang ke Hospital Kudat.

Pesawat MH3002 MASwing Twin dari Kota Kinabalu ke Kudat itu terkeluar dari landasan dan merempuh sebuah rumah di perkarangan lapangan terbang Kudat jam 2.54 petang ini, setelah membuat pendaratan kecemasan di Kg Sinsan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas mengakibatkan enam penumpang cedera.

"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian."Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi MASwing, Ahmad Jauhari Yahya dalam perjalanan ke Kudat untuk menyelia situasi di sana. Keluarga penumpang yang terlibat boleh menghubungi nombor telefon  +603- 78841234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. – 10 Oktober, 2013. (Bernama)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved