ads

Ahad, 26 Januari 2014

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


WikiSabah News: Sayur kangkung tidak pun turun harganya <b>di Tenom</b>

Posted: 18 Jan 2014 11:14 PM PST

TENOM - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil disini menegaskan bahawa harga runcit komoditi sayuran dan buah buahan tiada perubahan malah terus stabil meskipun beberapa keperluan asas lain seperti minyak petrol, tarif elektrik dan lain lain telah naik sepertimana yang diputuskan kerajaan baru baru ini.

Pengerusinya Tukimin Haji Tumin ketika memberitahu Harian Ekspress pada Khamis semasa mengulas khabar angin yang disebarkan disini kononnya harga komoditi itu turut dinaikkan di pasar disini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Gerakan Pengguna Daerah Tenom yang dipengerusikan Pegawai Daerah turut terkejut apabila isu " sayur kangkung pun sudah turun harga" disebarkan secara meluas oleh pihak tertentu namun hakikat yang sebenarnya sayur itu tidak pun turun harganya malah masih kekal pada harga lama RM2 seikat.

Mungkin juga pengumuman semasa ucapan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan bantuan banjir sejumlah RM9.6 juta di Kemaman Terengganu itu pada minggu lepas satu jenaka semata mata, tegasnya.

"Sebenarnya, tidak ada perkara baru berhubung harga dinaikkan dan begitu juga harga sayur kangkung disini tidak pun turun harganya...semuanya stabil," tegas beliau.

Dalam pada itu, beberapa penjaja sayur ketika ditemui antaranya Surina binte Tapikon 52, turut menepis khabar angin itu ( naik harga) termasuk isu sayur kangkung sudah turun harga adalah tidak benar.

Bagaimana pun beliau (Surina) tidak menolak kemungkinan jika ia berlaku kenaikkan dalam masa terdekat kerana pihak pembekal telah pun menaikkan harga sayur atas alasan harga minyak petrol telah pun dinaikkan yang mengakibatkan kos perkhidmatan kenderaan telah meningkat.

Manakala Linda Masingging 48, merasakan terlalu terhimpit perniagaannya apabila pembekal bertindak menaikkan harga bekalan menyebabkan mereka (penjaja) menerima tempiasnya dimana kekadang mereka hanya memperolehi keuntungan kira kira 50 sen sekilo selepas semua kos modal telah ditolak.

Senarai harga runcit komoditi sayuran yang dipersetujui Gerakan Pengguna Daerah Tenom seperti berikut, Tomato RM9 sekilo, Kobis bunga RM9 sekilo, Cili merah RM12 sekilo, Sayur bunga RM3.50 sekilo, Lobak merah RM5.50 sekilo, Kangkong RM2 seikat, Peria RM4 sekilo, Kacang panjang RM3 sekilo, Halia tempatan RM7 sekilo dan Mentimun RM2 sekilo.

Oleh: Mail Mathew

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved