ads

Ahad, 19 Januari 2014

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


<b>Tawau</b> | Pengeluaran Mykad <b>Di</b> JPN <b>Tawau</b> Siap Dalam 24Jam <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 03:11 AM PST

logo JPNPemohon MyKad di Zon Tawau kini boleh memiliki dokumen itu dalam tempoh 24 jam sejak Mesin Percetakan MyKad Teragih di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tawau beroperasi pada 9 Dis lepas, kata Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad.

Beliau berkata sebelum ini, pemohon MyKad di zon berkenaan, yang merangkumi empat daerah iaitu Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Tawau, perlu menunggu sehingga 30 hari untuk mendapatkan dokumen itu kerana ia diproses di Putrajaya.

"Dalam tempoh sebulan beroperasi, iaitu sejak 9 Disember 2013 hingga 9 Jan 2014, JPN Tawau sudah mengeluarkan 4,426 keping MyKad yang siap diproses dalam tempoh 24 jam," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat tertutup di JPN Tawau hari ini.

Ismail juga berkata penempatan mesin itu di Tawau, menjadikan Sabah kini memiliki lima pejabat JPN yang dilengkapi kemudahan berkenaan termasuk di Keningau, Sandakan, Ibu Pejabat JPN Kota Kinabalu dan pejabat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sembulan.

"Di pejabat JPN di UTC, kita boleh memproses MyKad dalam tempoh dua jam sahaja," katanya.

Ismail berharap bagi tempoh enam bulan selepas penambahan mesin dan petugas di JPN Tawau, proses pengeluaran MyKad akan dapat dilakukan dalam tempoh dua jam.

Beliau berkata JPN Sabah juga berhasrat menyediakan kemudahan serupa di semua cawangan JPN di negeri ini bagi memudahkan rakyat memiliki dokumen penting itu dengan pantas.

Katanya, sejak pejabat JPN di UTC Sabah dibuka sejak 16 Disember 2013, ia memberiperkhidmatan kepada 7,459 orang.

Ismail juga berkata JPN berkenaan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 10 malam tujuh hari seminggu, kecuali pada cuti umum, dan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti permohonan MyKad, daftar perkahwinan serta sijil lahir.

~bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved