ads

Jumaat, 17 Januari 2014

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Sabah <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2014 04:16 AM PST

Kira-kira 15,000 umat Islam dijangka mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di sini Selasa depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Datuk Ariffin Mohd Arif.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata jumlah itu mewakili lebih 100 kontinjen.

"Perarakan yang bermula di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau akan turut disertai Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

"Pada sambutan itu juga, sebuah buku agama bertajuk 'Bertaubat Sebelum Terlambat' hasil tulisan Ustaz Yen Atin akan turut dilancarkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan sambutan Selasa.

Ariffin berkata majlis tahlil dan bacaan Yassin akan diadakan pada Isnin dan konsert dakwah pada Ahad di Padang Perbandaran Tawau.

~bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved