10 di lahad datu - Google Blog Search |
kejadian ikan naik ke darat <b>di</b> kpg tambisan darat <b>lahad datu</b> Posted: 24 Dec 2013 05:23 AM PST Kejadian ikan naik ke darat di Kampung Tambisan Darat Lahad Datu Sabah bukan petanda "tsunami" Kebarangkalian musim "ikan tamban" yang banyak di pesisir pantai dekat Kampung Tambisan Darat Lahad Datu Sabah, merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ribuan spesis ikan berkenaan "naik" dan terdampar di darat Bagaimana pun fenomena yang dikatakan jarang itu berlaku itu telah mengemparkan penduduk sekitar Malah ada yang meramalkan kejadian berkenaan membawa petanda tertentu, itu kata orang kampung Kejadian itu dikesan berlaku pada pagi Selasa tadi turut membuat penduduk mengambil kesempatan mengaut "rezeki" ribuan ikan tamban yang terdampar di pesisir pantai kampung terbabit Mengulas lanjut tentang fenomena itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan perkara tersebut yang dikatakan berkait rapat sebelum dengan kejadian "Tsunami" beberapa tahun lalu yang melanda Aceh, Indonesia Sementara itu, menurut ketua Kampung di Tanjung Labian, kejadian tersebut tidak dianggap "pelik" berikutan spesis ikan berkenaan memang banyak di bulan ini dan tidak mustahil ikan tamban itu akan melompat-lompat naik ke pesisir pantai Dalam pada itu, cuaca di Lahad Datu adalah baik buat masa sekarang dan merujuk kepada Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami Bagaimana pun, pihak Jabatan Meteorologi akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini Video ikan tamban naik ke darat di Kg Tambisan Lahad Datu, Sabah 24 Disember 2013 Informasi ini disiarkan pada 24.12.2013, Selasa |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan