ads

Selasa, 14 Januari 2014

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Wajah suspek insiden tembakan <b>di Kota Kinabalu</b> | EkELEH.COM

Posted: 11 Jan 2014 10:28 PM PST

Suspek_Tembakan_Kota_Kinabalu_1 Suspek_Tembakan_Kota_Kinabalu_2Suspek_Tembakan_Kota_Kinabalu_3Wajah suspek yang tersebar dalam insiden tembakan yang berlaku di Kota Kanabalu tengah malam Jumaat lalu. Mereka menggunakan senjata buatan sendiri "air rifle" berpeluru guli sehingga menyebabkan kerosakan 20 premis di Kota Kinabalu.

Motif kejadian belum dipastikan.

Sekurangnya 25 Premis Rosak <b>Di Kota Kinabalu</b> - Tv3

Posted: 11 Jan 2014 06:22 AM PST

Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

11 Jan 2014, 10:22pm by Syuhada Rais



Sekurang-kurangnya 25 premis di sekitar Kota Kinabalu, mengalami kerosakan dipercayai angkara sekumpulan individu nakal yang melepaskan tembakan rambang menggunakan senapang angin.

Kejadian menjelang awal pagi tadi dipercayai dilakukan lebih enam individu yang menaiki tiga kenderaan dengan sasaran pintu kaca premis-premis terbabit.

Polis turut menolak kaitan kejadian itu dengan pengganas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Daripada 25 premis yang terjejas, 13 terletak di sekitar Karamunsing, 9 Di Luyang Dan 3 Di Inanam.

Antaranya 5 bank, 3 hotel serta restoran, pejabat dan pusat membeli belah.

Setakat ini, 19 laporan polis dibuat oleh pemilik premis berhubung kejadian itu.

Polis menerima laporan pertama pintu kaca premis yang dipecahkan kumpulan terbabit di inanam jam 11.45 malam, manakala yang terakhir jam 12.45 tengah malam.

Kumpulan itu dipercayai melepaskan guli ke arah premis terbabit menggunakan senapang angin dari dalam kereta.

Ia berikutan siasatan mendapati tiada sebarang bunyi tembakan kedengaran pada malam kejadian dan tiada sebarang kelongsong peluru ditemui.

Satu pasukan khas ditubuhkan Polis Kota Kinabalu untuk menyiasat kes ini.

Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup, CCTV di premis terbabit dalam usaha mengesan pelaku.

Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.

Jumlah keseluruhan kerugian akibat insiden itu juga belum diketahui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian-talian tertera.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved