ads

Isnin, 27 Januari 2014

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


benarkah kakitangan kerajaan <b>di kota belud</b> kerap <b>...</b> - Kelapa Mawar

Posted: 24 Jan 2014 05:55 AM PST

Hari ini protal freeMalaysia Today melaporkan bahawa terdapat kekerapan yang meruncing ponteng kerja di kalangan kakitangan awam negeri di daerah Kota Belud. Berdasarkan laporan itu satu tinjauan dilakukan oleh FMT di Pejabat Daerah Kota Belud, dan mendapati senario paling memalukan itu memang benar-benar berlaku. Sangat menyedihkan kerana selain daripada masyarakat Kota Belud yang sering dilabel sebagai antara masyarakat peribumi di Sabah yang kuat berpolitik, beberapa rekod politik tanah air juga mencatatkan beberapa nama mengukir sejarah dalam pelbagai bidang dan jawatan.

Hasrat MP KB yang juga Menteri yang bertanggungjawab dengan kerajaan tempatan dan kesejahteraan Bandar, Datuk Rahman dahlan untuk menjadikan pihak kerajaan tempatan di Kb yang terbaik melalui program transformasinya sejurus dilantik menjadi menteri penuh, tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ekoran sikap dan budaya kakitangan awam nebgeri di daerah ini.

Sebelum ini kakitangan Majlis Daerah bukan sahaja mendapat jolokan sebagai kakitangan Chipmore, sekejap ada sekejap tiada, tetapi juga dikritik kerana pengurusan yang sangat lembab dan penuh dengan politiking yang melampau. Beberapa masalah yang dihadapi oleh orang ramai di daerah Kota Belud gagal diselesaikan, bahkan dibiarkan berleluasa tanpa pengawalan dan tindakan yang sewajarnya. Janganl;ah cerita tentang tempat parking yang sangat terhad, jalan dan lorong yang tidak mengandungi petunjuk arah jalan yang jelas, sistem pemasangan papan-papan dan kain rentang iklan yang tidak diurus dengan baik, sistem pembuangan sampah yang menyedihkan, Dan apa yang paling mengecewakan apabila MDKB sendiri gagal menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

KOTA BELUD : Banyak pejabat kerajaan di Kota Belud dilaporkan sedang menghadapi masalah kakitangan ponteng dan curi tulang yang sangat serius sehingga kebelakangan ini ada pejabat dikatakan selalu langsung tiada staf walaupun ketika jam bekerja.

FMT yang menerima laporan orang-ramai telah meninjau beberapa pejabat kerajaan termasuk Sekretariat Daerah yang menempatkan beberapa pejabat kerajaan negeri termasuk Pejabat Daerah, Jabatan Tanah dan Ukur, dan mahkamah dan mendapati masalah itu wujud sejak sekian lama tapi makin memburuk sejak akhir-akhir ini.

Tinjauan FMT beberapa kali ke pejabat-pejabat di daerah ini, yang terletak 75 kilometer dari Kota Kinabalu, mendapati antara alasan yang popular staf beri untuk meninggalkan pejabat ketika masa bekerja ialah mengambil anak di sekolah, ke bank, jumpa 'client', pergi minum dan ke hospital.

Ada juga jabatan yang mempunyai kakitangan yang sesuka hati berada di luar bangunan pejabat setiap hari dan hanya akan kembali ke pejabat jika rakan mereka menelofon ada pelanggan ingin berurusan khusus dengan mereka.

Malahan seorang kakitangan sebuah jabatan yang enggan namanya disiarkan mendakwa ada rakan sekerjanya sealu pergi minum berjam-jam lamanya di pekan dan ada pula yang pernah kedapatan bercerita dengan kawan-kawannya di kedai "billiard" yang sentiasa penuh di pekan.

"Dari dulu lagi ini perkara biasa di Kota Belud. Susah mahu cakap. Kalau menteri datang barulah semua pejabat penuh, tapi mana ada menteri datang sini," katanya.sambil menambah ada juga kakitangan kerajaan yang bertabiat hanya bekerja setengah hari tiap hari Jumaat.

Seorang kakitangan lain berpendapat masalah ponteng dan curi tulang di Kota Belud sudah amat parah dan hanya satu program drastik boleh memperbaiki keadaan tersebut. "Suruhlah siaoa orang pergi mengintip semua pejabat di Kota Belud pasti mendapati masalah ini parah tapi dibiarkan.

Seorang pelanggan pejabat pos pula memberitahu FMT bahawa pejabat pos Kota Belud pula perlu menaik taraf perkhidmatan kaunternya yang sekarang gagal memberi khidmat yang memuaskan.

"Ada empat kaunter di pejabat pos tapi tiap hari hanya ada dua yang dibuka, kadang-kadang hanya satu, jadi barisan sangat panjang dan tiap hari ramai pelanggan menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapat giliran.

"Servisnya amat lambat sehingga ada pelanggan yang datang pagi untuk mengambil nombor giliran hanya untuk datang kemudian atau pada sebelah petang," katanya sambil menambah biasanya bila ditutup pada jam 4.30 petang, masih ramai yang belum sampai gilirannya.

Usaha mendapatkan ulasan pihak pejabat daerah diteruskan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved