ads

Isnin, 13 Januari 2014

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


11/01/2014: <b>Kota Belud</b> dipilih menjadi pekan pertama <b>di</b> negara ini <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 12:39 AM PST

Penduduk di daerah Kota Belud bakal menikmati taraf hidup yang lebih selesa berikutan dengan usaha Kerajaan melaksana projek projek baharu di sekitar Pekan Daerah berkenaan. 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Abdul Rahman Dahlan berkata, pekan Kota Belud dipilih menjadi pekan pertama di negara ini dalam transformasi menjadikan ia sebagai sebuah bandar menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Projek perkongsian pintar itu menelan belanja 37.2-juta ringgit melibatkan 21 buah projek dan akan dilaksanakan tahun ini sehingga 2016.
Dato Abdul Rahman berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan Kota Belud di Dewan Tun Said Kota Belud.
Menurutnya, NBOS Kota Belud menyenarai 11 buah projek yang akan dilaksanakan dibawah sistem itu serta merta.
Antara projek yang disenaraikan di bawah sistem berkenaan ialah sistem perparitan, menaik taraf gerai gerai di pasar tamu, menaiktaraf padang Kota Belud dan mercu Kota Belud.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved