ads

Jumaat, 3 Januari 2014

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


19/12/2013: Projek komersial pengeluaran padi <b>Kota Belud di</b> <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2013 03:51 PM PST

Projek komersial pengeluaran padi Kota Belud di bawah projek
permulaan Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi Negara (NKEA) mula
mengeluarkan hasil.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata,
sehingga 12 Disember lepas, sejumlah 536 hektar yang melibatkan 607
peserta, telah dibangun dan diusahakan dengan penanaman padi bagi
musim pertama. Daripada angka itu, 193 hektar telah dituai.
Datuk Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri
memberitahu demikian kepada pemberita selepas melawat projek itu di
Kampung Taun Gusi Dua, Kota Belud.
Beliau berkata, projek berkenaan merupakan usaha kerajaan untuk
meningkatkan pengeluaran beras menerusi kaedah penyatuan tanah-tanah
sawah untuk dimajukan secara komersial.
Di bawah projek itu, pemilik-pemilik tanah memajukan tanah sawah
mereka untuk jangka masa tertentu dan pada masa yang sama kerajaan
membayar insentif sebanyak 10-ribu sehektar untuk lima musim. Melalui
projek berkenaan, seluas 5-ribu hektar di kawasan padi Kota Belud akan
diusahakan secara komersial dua kali setahun.

Juliana                             (Max/Cov/Bernama)

~mfja~

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved