ads

Sabtu, 14 Disember 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Tumpahan Minyak Atas Jalan Sebabkan Kesesakan Hampir Satu <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 08:12 AM PST

jalan sesak

TAWAU: Tumpahan minyak di atas jalan di bulatan Jalan Kuhara di sini, mengakibatkan kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer di beberapa jalan utama di bandar ini dalam kejadian 1.30 petang Selasa.

Sembilan motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda turut terbabas akibat keadaan jalan yang licin, memaksa pihak berkuasa menutup jalan itu buat sementara bagi tujuan pembersihan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata sebuah jentera dan enam anggota digegaskan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan mengenai keadaan jalan yang licin itu.

"Pihak bomba terpaksa menggunakan air buih dan pasir untuk membersihkan jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya tumpahan minyak itu melibatkan hampir separuh daripada bulatan dan pihaknya mengambil masa dua jam untuk membersihkannya.

Operasi pembersihan selesai pada pukul 4.06 petang dan jalan kembali dibuka kepada orang ramai selepas itu, katanya.

Berdasarkan bau, minyak yang tertumpah itu adalah minyak masak namun setakat ini pihak berkuasa tidak dapat memastikan punca kejadian atau pihak yang bertanggungjawab.

-BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved