ads

Sabtu, 21 Disember 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Ops Cantas : 111 Individu Ditahan <b>di Semporna</b> | Jenayah

Posted: 18 Dec 2013 01:00 AM PST

alt

KOTA KINABALU 18 Nov - Polis Sabah menahan sebanyak 111 individu, termasuk empat lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, dalam 'Ops Cantas Khas' di sebuah perkampungan air di Semporna Ahad lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata empat lelaki berumur dalam lingkungan 21 hingga 34 tahun itu turut ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki bahan membuat bom ikan dalam operasi jam 4 pagi itu.

"Sementara itu, 107 orang pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan, dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk disiasat di bawah Akta Imigresen," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Derma Darah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Karamunsing di sini, hari ini.

Hamza berkata, pihaknya akan meneruskan operasi di kawasan terpilih terutama di pulau dan perkampungan air di pantai timur Sabah selain 'Ops Gasak' di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi membersihkan PATI di sekitar Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Mengenai program derma darah itu, Hamza menyifatkannya sebagai satu ibadah bagi mengangkat kerjasama dengan ATM melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) selain merapatkan hubungan mereka dengan orang awam.

Last Updated on Wednesday, 18 December 2013 15:33

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved