ads

Selasa, 17 Disember 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


KOTA KINABALU:Polis tahan dua lelaki <b>di Semporna</b> - malaysia <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 06:12 AM PST

Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes penculikan wanita Taiwan dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna, bulan lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi semalam.

Kita percaya kedua-dua lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu terlibat bukan untuk kes itu sahaja tetapi mungkin melibatkan kes-kes lain," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu bekerja di kawasan pulau-pulau di Semporna. Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 Nov lepas, pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan manakala rakan wanitanya berusia 58 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Dalam pada itu, Hamza berkata polis akan menjalankan Ops Cantas Khas yang menumpukan kawasan-kawasan selektif seperti pusat peranginan dan resort di pulau-pulau berdekatan yang dikenal pasti dapat membantu siasatan termasuk mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya pagi semalam mengucapkan syabas kepada pasukan Ops Cantas Khas Sabah yang berjaya menahan suspek. 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved