10 di sandakan - Google Blog Search |
Pengguna terkejut harga melambung <b>di Sandakan</b> - Rakyat Marhaen Posted: 08 Dec 2013 08:27 PM PST Apa yang tidak menyenangkan pengguna di negara ini apabila terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, makanan dan minuman sehingga amat membebankan pengguna. KOTA KINABALU : Tidak dinafikan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api dan menghapuskan subsidi gula adalah langkah pertama pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar.Memang tidak dinafikan juga langkah tersebut akan memberi impak terhadap pengguna yang akan menanggung kenaikan kos sara hidup berikutan kenaikan harga barang di negara ini. Namun, apa yang tidak menyenangkan pengguna di negara ini apabila terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, makanan dan minuman sehingga amat membebankan pengguna malah tedapat peniaga yang menjualnya tanpa mempamerkan papan tanda harga. Mengambil contoh melalui aduan yang di terima FMT dari seorang pengguna yang dikenali sebagai Razif Abdullah yang terpaksa membayar tiga gelas minuman sejuk dan sepinggan pisang goreng keju dengan harga RM18.00. Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu (6 Disember 2013) apabila Razif bersama isteri dan dua orang anaknya telah pergi ke sebuah restoran di Bandar Utama, Batu 6, Jalan Labuk Sandakan. Menurut Razif, ketika hendak membayar, beliau amat terkejut apabila diberitahu bahawa harga untuk ketiga-tiga minuman sejuk itu berharga RM12.00 dan pisang goreng keju berharga RM6.00 dengan jumlah semua harga bernilai RM18.00. "Ini bermakna harga segelas minuman sejuk berharga RM4.00 dan ianya terlalu mahal kepada pengguna untuk membayarnya, saya amat terkejut kerana restoran itu hanya restoran biasa sahaja" katanya. Katanya, amat mengejutkan juga apabila kedai tersebut tidak meletakkan papan tanda harga dan tidak menyediakan buku menu kepada pelanggan apabila hendak memesan makanan. "Saya juga mendapati restoran tersebut tidak menyediakan papan tanda harga ataupun buku menu kepada pelanggan untuk melihat senarai makanan , minuman dan harga, dan aduan dibuat bukan kerana sakit hati tapi ini hak saya sebagai pengguna", jelasnya. Beliau turut berkata, sejurus kejadian itu beliau telah melaporkan perkara tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sandakan dan masih menunggu tindakan selanjutnya. FMT juga menerima aduan daripada beberapa pengguna apabila ramai di antara peniaga di Pasar Besar Sandakan menjual barangan segar sayur-sayuran dengan harga yang terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna untuk mebeli. Aduan pada Sabtu (7 Disember 2013) oleh seorang pengusaha restoran di bandar Sandakan yang tidak mahu dikenali namanya pula menyatakan harga lada besar tidak stabil dan mencecah sehingga RM10.00 sekilo gram. "Saya hairan pada Jumaat saya membeli lada besar sekilogram dengan harga RM6.00, bagaimanapun pada Sabtu telah naik sebanyak Rm4.00 menjadikan harga kepada RM10.00, dan alasan peniaga adalah kerana kekurangan bekalan", katanya. Bagaimanapun pengadu berkata, kenaikan harga barangan segar di pasar bukan alasan untuknya mengenakan bayaran yang tinggi kepada pengguna yang memesan makanan dan minuman di restoran yang diusahakannya. |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan