ads

Khamis, 5 Disember 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Nov 2013 01:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Suspek kes bunuh suami isteri <b>di penampang</b> diberkas ABN News <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2013 05:09 AM PST

KOTA KINABALU – Polis Sabah percaya kes pembunuhan pasangan suami isteri di sebuah kilang memproses ikan di Penampang 8 November lalu selesai apabila berjaya memberkas suspek kes bunuh itu di Sipitang Ahad lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, lelaki warga asing berumur 21 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu diberkas di perumahan setinggan dalam kawasan pembinaan Sabah Ammonia Urea Project (SAMUR) di Kg Long Kenangan, Sipitang, kira-kira 2.40 petang.

Katanya hasil penangkapan itu membawa kepada penemuan beberapa barang kes termasuk dua unit telefon bimbit dipercayai milik mangsa bunuh.     

"Motif pembunuhan adalah rompakan. Suspek terdesak memerlukan wang untuk majlis perkahwinannya. Suspek juga mengaku mengambil wang tunai sebanyak RM800 dan dua telefon bimbit milik kedua-dua mangsa dari dalam bilik kedua-dua mangsa ditemui mati," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada peserta Kembara Bermotosikal "Crime Awareness Day" 2013 di sini hari ini.

Hamza berkata suspek ditahan reman sehingga 24 November untuk siasatan.   

Pada 8 November lalu, Chen Ching Woei, 42, dan isterinya Chang Ling Ling, 44, masing-masing dijumpai terbaring di atas katil dan lantai dengan kesan luka di bahagian kanan kepala, dipercayai dipukul menggunakan benda keras.

Chen merupakan pemandu lori di kilang berkenaan manakala isterinya ialah kerani di sebuah syarikat berhampiran kilang ikan itu. – Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved