10 di kudat - Google Blog Search |
Gambar dan punca Pesawat MAS terhempas <b>di Kudat</b>, Sabah Posted: 10 Oct 2013 07:11 AM PDT Gambar dan punca Pesawat MAS terhempas di Kudat, Sabah - Sebuah pesawat Twin Otter MASwings milik MAS telah terhempas dan menjunam di Kampung Sinsan, Kudat, Sabah pada 3.30 petang tadi. Kejadian itu menyebabkan 16 orang cedera dengan tiga daripadanya parah. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Kudat dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah yang dimaklumkan nahas itu segera menghantar 11 orang anggotanya ke lokasi kejadian. Menurut pegawai Malaysia Airlines (MAS), Penerbangan MH3002 dari Kota Kinabalu ke Kudat yang membawa 16 penumpang disahkan terhempas dan punca nahas sedang disiasat. "Malaysia Airlines akan terus memantau keadaan di lokasi kemalangan dan akan memaklumkan perkembangan terkini." Bagaimanapun, daripada maklumat tidak rasmi dari Anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri, kejadian itu dikatakan berpunca daripada angin kencang ketika pesawat sedang melakukan pendaratan sebelum tersasar dari landasan. "Saya difahamkan kejadian berlaku akibat angin kencang ketika pesawat itu mendarat dan tersasar dari landasan." Memetik kenyataan dari Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin, pesawat MAS itu dinaiki 16 orang dan menjunam di Kampung Sinsan, Kudat. "Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari pesawat dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan perubatan." Terkini, salah seorang daripada penumpang pesawat Twin Otter yang terbabas iaitu Tan Ah Chai, 96, meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Kudat. Selain, Tan Ah Chai, pembantu juruterbang pesawat, Marc Joel Bansh, 22, juga disahkan meninggal di Hospital Queen Elizabeth II (QE2) hanya beberapa minit lalu. |
You are subscribed to email updates from di kudat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan