ads

Sabtu, 7 Disember 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Irwin&#39;s Blog: Laporan Sumbangan Saudara Baru <b>di</b> Kampung <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2013 07:26 PM PST

Laporan Sumbangan Saudara Baru di Kampung Kionsom Baru, Kota Marudu

Pada 14 November 2013, sumbangan yang telah dikutip dikumpulkan untuk dimasukkan di dalam kotak bagi memudahkan barang-barang tersebut untuk dibawa ke Kota Marudu. Pada keesokan harinya pula bersamaan pada 15 November 2013 (Jumaat) selesai mengerjakan solat jumaat, kami seramai 4 orang sebagai wakil penyerahan sumbangan bertolak dengan menaiki Bas Durok ke pekan Keningau. Dengan menaiki bas mini kami tiba di Kota Kinabalu, Barang-barang yang banyak itu saya telah minta seorang hamba Allah untuk membantu membawanya ke Kota Kinabalu memandangkan hamba Allah itu mempunyai kenderaan. Selesai Bersolat (dijamakkan). Kami terus menaiki Bas ke Kota Marudu. Perjalanan ke Kota Marudu mengambil masa selama 2 jam setengah, tetapi memandangkan bas tersebut banyak kali berhenti untuk mengambil penumpang, menyebabkan kami tiba di Kota Marudu lebih kurang jam 8 malam. Perjalanan kami menjadi 5 jam.

Setelah tiba di Kota Marudu, bersolat, dan terus pulang ke Kg Kionsom Baru. Kami berehat dan  keesokan harinya lebih kurang jam 11.30 pagi kami menyerahkan barang-barang dan berupa wang, hasil sumbangan Pelatih IPGKK dan orang ramai yang prihatin diamanahkan kepada kami kepada wanita muallaf tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dengan bantuan ini saya mengucapkan terima kasih  kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, para pelatih dan orang ramai yang membantu wanita muallaf tersebut. Saya sangat bersyukur kerana suara saya didengari oleh para sahabat saya yang prihatin, dan seharusnya kita merasa senang hati kerana telah menunjukkan hakikat persaudaraan Islam yang sebenar kepada wanita muallaf tersebut. Semoga Allah mengantikan harta yang kamu sedekahkan dengan sesuatu yang lebih baik daripada itu. dan Inilah Persaudaraan Islam !

Berikut di bawah adalah gambar bukti sebagai dokumentasi :  




p/s lelaki yang berbaju putih dan panjang janggut itu bukan suami dia tapi abang saya.

Harapan 
Diharap aktiviti yang seperti ini akan dijalankan dimasa-masa akan datang, Insyallah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved