09/10/2013: Lapan belas buah kenderaan ditahan polis <b>di Keningau</b> <b>...</b> Posted: 09 Oct 2013 01:43 AM PDT Lapan belas buah kenderaan terdiri daripada motosikal, kereta dan pacuan empat roda ditahan Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, dalam satu operasi membanteras kegiatan lumba haram dan samseng jalan di Apin-Apin Keningau, Ahad lalu. Ketua IPD Keningau, DSP Robert Salisip@David berkata, operasi yang diketuai Ketua Trafik IPD Keningau, Inspektor Ronaidi Mohamad Jaafar bersama lima anggota trafik dan lima anggota sukarelawan tersebut bagi mencegah kegiatan lumba haram yang sering diadakan pada malam minggu dan cuti umum di sekitar daerah itu. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Pemberita RTM di Keningau. Menurut DSP Robert, operasi mencegah lumba haram dan samseng jalanan akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain. Kesemua kenderaan yang dirampas dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut. Maria (Loy/Razali-Cov-Firdaus) ~mfja~ |
0 ulasan:
Catat Ulasan