ads

Jumaat, 13 Disember 2013

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


GEMPAR!!! - Sebalik Tirai - Blogger

Posted: 07 Dec 2013 05:19 AM PST

KENINGAU - Fakta sains menyebut, ular tidak berkaki tetapi di daerah ini, lain yang berlaku apabila seorang penduduk menjumpai ular berkaki.

Ular sepanjang satu meter dan sebesar batang penyapu itu ditemui oleh Jackly Madius Lamangki di Jalan Kampung Bangau di sini ketika dalam perjalanan ke kebunnya.

Bapa saudara Jackly, Richard Raymond memberitahu, akibat takut melihat ular itu 'berjalan', anak saudaranya bertindak melanggar ular tersebut.

''Dia membawa ular yang telah mati itu ke rumah dan menunjukkan kepada kami. ''Kami amat terkejut melihat kaki ular itu terletak di bahagian tengah badan," katanya.

Dia menjelaskan, Jackly membawa bangkai haiwan tersebut pulang ke rumah untuk diawet. Bagaimanapun, bangkai ular itu dibuang oleh ibu Jackly.

''Mujur, dia ada mengambil gambar ular tersebut bagi membuktikan kebenaran penemuan ular pelik ini," katanya. Menurut Richard, ini merupakan kali pertama ular sedemikian rupa ditemui di daerah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved