ads

Rabu, 6 November 2013

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


<b>Tenom</b> | Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2013 02:23 AM PDT

"Majlis seperti ini bukan sahaja dapat memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah, tetapi juga mampu menyuntik semangat kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing",kata Datuk Radin Malleh yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah sewaktu berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Entabuan di Tenom pada pagi hari ini

Datuk Radin Malleh turut  berkata para pelajar sebagai tiang negara dan bakal pemimpin negara memerlukan asuhan, bimbingan dan dorongan dari semua aspek termasuklah aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dari peringkat awal pendidikan lagi.

Ini kerana pencapaian pelajar dari segi akademik sahaja tidak memadai, malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga perlu diberikan perhatian utama bagi melahirkan insan yang seimbang, tegas Datuk Radin lagi.

Justeru itu, majlis seperti ini selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, katanya.

Datuk Radin berkata para pendidik perlu mengaplikasikan kesemua enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan menjadikan cita-cita dan prinsip-prinsip Rukunegara sebagai panduan pendidik dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik para pelajar seiring dengan usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Ini kerana gandingan mantap di antara pihak sekolah, ibubapa dan pelajar akan meningkatkan kerjasama dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif yang boleh menjana kecemerlangan pendidikan, tambah Datuk Radin lagi.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tenom, En. Azlan Demon, Pengetua SMK Entabuan Tenom, En. Sunthararajoo A/L Rengasamy, para guru serta pelajar sekolah berkenaan, para pemimpin masyarakat serta ibubapa pelajar berkenaan.

Dalam majlis itu, seramai lebih kurang 200 orang pelajar menerima anugerah mengikut kategori masing-masing.

Anugerah pelajar terbaik ko-kurikulum bagi tahun 2013 dirangkul oleh Jervy Edgar Fredoline (kategori lelaki) dan Cissy Joseph (kategori perempuan).

Manakala bagi anugerah unit beruniform terbaik 2013 dimenangi oleh pasukan Pengakap, anugerah kelab permainan terbaik 2013 dirangkul oleh pasukan Olahraga dan anugerah persatuan akademik terbaik 2013 dimenangi oleh Persatuan Sains dan Matematik.

Penerima anugerah pelajar terbaik PMR 2012 pula ialah Cissy Joseph, manakala para penerima anugerah pelajar terbaik SPM 2012 ialah Asyillah Amira binti Suhaidi, Ivy G. Jonas dan Addrian bin Ijom.

Penerima anugerah pelajar terbaik keseluruhan 2013 pula ialah Jervy Edgar Fredoline (kategori lelaki) dan Yean Albert (kategori perempuan).

Manakala bekas guru SMK Entabuan yang dinaik pangkat sebagai  menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Tenom berkuatkuasa 1 Novermber 2013 pula, Encik Azlan Demon menerima anugerah Ikon Guru Cemerlang SMK Entabuan 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved