ads

Isnin, 4 November 2013

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


30/10/2013: Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah <b>Di Sipitang</b> <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2013 01:25 AM PDT

Kelulusan pembinaan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Sipitang dalam Bajet 2014 merupakan komitmen tinggi kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam khususnya di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata, langkah itu memberi jaminan keselamatan bukan sahaja kepada penduduk tempatan malah kepada pelabur dan pelancong asing.

Ini kerana daerah itu merupakan pintu masuk utama ke Sabah bagi pengunjung dari Sarawak, Brunei Darussalam dan Indonesia.

Beliau berkata demikian ketika membahas Bajet 2014 di Dewan Rakyat di ibu negara.

Datuk Sapawi juga gembira apabila Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) diletakkan dalam teras pertama untuk merancakkan aktiviti ekonomi di negeri ini.

Beliau turut mencadangkan agar beberapa keperluan susulan ditingkatkan bagi menentukan SAMUR benar-benar memberi manfaat dan kemakmuran kepada rakyat.

Ini termasuk penyediaan doktor pakar di Hospital Nukleus Sipitang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kesan daripada pembangunan projek berasaskan kimia, minyak dan gas itu nanti.

~sheryl/st-dzul/Any

~mdre

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved