ads

Khamis, 7 November 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Dua penjenayah cedera ditembak selepas cuba serang polis <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2013 09:56 PM PDT

SEMPORNA: Dua penjenayah cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dalam kejadian berasingan di kawasan perumahan Semporna Central dan pekan Semporna, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3 dan 6 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota polis menjalankan operasi cegah jenayah di kawasan terbabit.

Dalam kejadian pertama, polis cuba menahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang ditemui dalam keadaan mencurigakan, namun suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau rambo dan cuba menyerang polis menyebabkan dia ditembak di bahu.

Kira-kira tiga jam kemudian, seorang lelaki dipercayai rakan suspek pertama yang dalam usahanya melarikan diri, cuba menyerang polis dengan gunting menyebabkan dia ditembak di betis.

Kedua-dua suspek ditahan sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.-bHarian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved