10 di semporna - Google Blog Search |
Pelancong ditembak, isteri dilarikan <b>di</b> perairan <b>Semporna</b> | Pilihan <b>...</b> Posted: 14 Nov 2013 10:00 PM PST |
Operasi Kesan Mangsa Culik Kumpulan Bersenjata <b>Di Semporna</b> <b>...</b> Posted: 15 Nov 2013 09:00 PM PST Kota Kinabalu, 15/11/2013 - Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika usaha mencari seorang warga Taiwan yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipina menerusi laut dan udara secara besar-besaran dimulakan. Tiada tuntutan dibuat oleh kumpulan tersebut terhadap seorang wanita berusia 58 tahun yang dikenali sebagai An Wei Chang. Suaminya, Lim Min Hsu, 57, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di bahagian dada. Kumpulan bersenjata itu tiba di resort tersebut menggunakan bot pam dan menyerang Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, kira-kira pukul 1 pagi Jumaat dan melarikan diri ke Pulau Mataking dekat selatan Filipina. Tiada tanda-tanda kumpulan bersenjata itu yang melancarkan serangan di resort itu hanya satu kilometer dari sebuah pangkalan Pasukan Gerakan Am. Pasukan keselamatan telah menghentikan semua laluan masuk ke negara jiran, selatan Filipina menerusi laut. Menurut sumber, pasukan keselamatan cuba menjejaki kumpulan yang terlibat dengan insiden tembakan dan penculikan itu. Seorang pegawai kanan enggan memberi komen mengenai operasi itu manakala beberapa sumber berkata, mereka cuba mengenal pasti sama ada kumpulan tersebut dari selatan Filipina. |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan