ads

Jumaat, 22 November 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Pemandu lori, kanak-kanak maut dalam kemalangan <b>di Ranau</b> ABN <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2013 05:44 AM PST

KOTA KINABALU – Seorang pemandu lori dan seorang kanak-kanak berumur 4 tahun maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Ranau, kira-kira 108km dari sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Abd Rahman Kassim berkata, pemandu lori tersebut dikenal pasti sebagai Jai Dullah, 27, dan kanak-kanak tersebut Marcella Christianus, penumpang kereta Kancil, antara tiga kenderaan yang dirempuh oleh lori terbabit.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, pemandu lori yang sedang membawa muatan baja dari Kota Kinabalu ke Sandakan, hilang kawalan lalu merempuh kenderaan Toyota Hilux, Kembara dan Kancil sebelum terjunam ke dalam Sungai Liwagu, Ranau.

"Pemandu lori meninggal di tempat kejadian dan kanak-kanak tersebut meninggal di Hospital Ranau," kata Abd Rahman ketika dihubungi di sini.

Abd Rahman juga berkata tiga orang cedera parah dalam kemalangan itu iaitu dua penumpang lori terbabit, yang merupakan adik kepada pemandu lori berumur 15 dan 10 tahun, dan bayi berumur 6 bulan yang menumpang kereta Kancil.

Lapan orang lagi iaitu empat dari kereta Kembara dan empat termasuk pemandu dari kereta Kancil mengalami cedera ringan.

Pemandu Toyota Hilux pula melarikan diri dari tempat kejadian. – Bernama

Dua kanak-kanak maut dalam kemalangan <b>di Ranau</b> | The Borneo <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2013 11:35 PM PST

November, 18, 2013 - 3:35 pm

KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Ranau, kira-kira 108km dari sini awal Ahad.

Ketua Polis Daerah DSP Abd Rahman Kassim mengesahkan seorang daripada kanak-kanak itu ialah penumpang lori berumur 10 tahun dikenali sebagai Hafzan Dullah.

Seorang lagi kanak-kanak dikenali sebagai Marcella Christianus, berumur empat tahun, penumpang kereta Kancil – iaitu sebuah dari tiga kenderaan yang dirempuh lori tersebut.

"Pemandu lori berumur 27 tahun itu sedang membawa muatan baja dari Kota Kinabalu ke Sandakan, hilang kawalan lalu merempuh kenderaan Toyota Hilux, Kembara dan Kancil sebelum terjunam ke dalam Sungai Liwagu, Ranau," kata Abd Rahman ketika dihubungi di sini.

Beliau juga berkata tiga orang cedera parah dalam kemalangan pada kira-kira pukul 11 pagi itu iaitu pemandu lori terbabit dan adiknya berumur 15 tahun yang turut menaiki lori tersebut.

Turut cedera bayi berumur enam bulan dalam kereta Kancil.

Abd Rahman berkata, lapan orang lagi iaitu empat dari kereta Kembara dan empat termasuk pemandu dari kereta Kancil mengalami cedera ringan.

Pemandu Toyota Hilux melarikan diri dari tempat kejadian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved