ads

Rabu, 20 November 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Anggota polis terkorban <b>di Lahad Datu</b> antara penerima <b>...</b> - Kosmo

Posted: 17 Nov 2013 12:27 AM PST

Anggota polis terkorban di Lahad Datu antara penerima ijazah UUM

Anggota polis terkorban di Lahad Datu antara penerima ijazah UUM

17/11/2013 2:50pm

ALOR SETAR - Pegawai polis yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu, Asisten Superitendan Zulkifli Mamat merupakan antara penerima Ijazah Sarjana Muda pada majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-26 bermula 30 November ini.

Isteri Allahyarham, Noraziah Noor akan menerima Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) pada hari kedua konvokesyen pada 1 Disember.

Allahyarham merupakan anggota Pasukan Komando VAT yang 69 terkorban pada 1 Mac lalu dalam pertempuran dengan pengganas.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Allahyarham baru sahaja menamatkan pengajian ketika berangkat ke Lahad Datu.

"Seramai 7,445 bakal menerima ijazah (termasuk seorang penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah) pada sidang konvensyen selama empat hari itu yang berlangsung dalam lapan sesi sehingga 3 Disember," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 94 orang akan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doktor Pentadbiran (DBA) (19), Sarjana (1,069), Diploma Siswazah (47), Sarjana Muda (5,803) dan Diploma Lepas Ijazah (412).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Canselor UUM berkenan berangkat untuk menyampaikan anugerah di Dewan Mu'adzam Shah, Kampus Sintok pada sesi pertama. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved