ads

Ahad, 10 November 2013

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


15 Gambar Kapal terbang MASWINGS terhempas <b>di Kudat</b>, Sabah

Posted: 10 Oct 2013 01:44 AM PDT

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/10/5-gambar-kapal-terbang-maswings-terhempas-di-kudat-sabah.html


KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Kejadian berlaku lebih kurang pada  2.55 Petang hari ini, 10 Oktober 2013. Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.

Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.


Spekulasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

UPDATE (KRONOLOGI): 

  • 2.50 PM - Pesawat ringan jenis Twint Otter milik Maswings terhempas.
  • 2.54 PM - Panggilan kecemasan diterima. Anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian.
  • 4.40PM - Bernama melaporkan 2 penumpang dalam kecederaan serius. 
  • 5.00PM - 6 dilaporkan cedera dan 3 dalam keadaan parah.

  • Kenyataan Malaysia Airlines System (MAS):
"Tiada kematian dilaporkan setakat ini. Fokus syarikat penerbangan ketika ini ialah menyelamatkan penumpang dan krew. 
"Malaysia Airlines akan terus memantau keadaan di tapak nahas dan akan memberikan perkembangan terkini mengenai keadaan itu," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

  • 8.00 PM -Mangsa dipindahkan ke Kota Kinabalu menggunakan Helikopter
  • 9.30 PM - Melalui Tweeter DR. Dhesi, mengesahkan Co Pilot Marc Joel Banch, 23, telah meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, 9.05 malam tadi.

  • 10.00 PM - Sidang Akhbar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS/ Pengerusi MASwings, Ahmad Jauhari Yahya

Malaysia Airlines (MAS) telah menukar Profile Pic untuk kesemua rangkaian media sosialnya termasuk Facebook dan Twitter dengan paparan tanpa warna sebagai tanda tragedi maut kemalangan pesawat milik Syarikat penerbangan itu.

SENARAI YANG TERLIBAT


MENINGGAL DUNIA
  • Tan Ah Chai - 96 Tahun 
  • Marc Joseph-Co-Pilot - 23 Tahun

RED.(KRITIKAL)
YELLOW.(SEDERHANA)
  • Mohd Abd Amir-58thn-Kapten Pilot

GREEN.(STABIL)
  • Fauziah Pelimin-32thn
  • Mohd Raiyan Fatmi-4thn
  • Nur Filzah Raudah-1thn
  • Merang Bt Maharani-54thn
  • Noorhazwin Sharom-29thn
  • Chang Gee Keong-29thn
  • Elranita Bt John-25thn
  • Junaini Bladi-52thn
  • Erwan Shah Bin Einin-28thn
  • Lee Chee Kian-39thn
  • Tan Kan Cian

INFORMASI NAHAS PESAWAT MASWINGS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved