10 di kota kinabalu - Google Blog Search |
- iAwani <b>Di</b> gDayX <b>Kota Kinabalu</b> | iAwani
- Poly Homestay Untuk Di Sewa <b>Di Kota Kinabalu</b> Sabah | Coretan <b>...</b>
- Cadangan Projek Pembinaan Sistem LRT (Light Rail Transit) <b>Di</b> <b>...</b>
iAwani <b>Di</b> gDayX <b>Kota Kinabalu</b> | iAwani Posted: 23 Nov 2013 06:44 PM PST Kami di iAwani hadir ke acara gDayX Kota Kinabalu yang diadakan pada hari ini, 24 November 2013 bertempat di GSC Suria Sabah, tingkat 8 bangunan Suria Sabah. Kami hadir untuk membuat liputan juga untuk menjadi salah seorang daripada peserta. gDayX amat berbeza sekali dengan GDG DevFest Kota Kinbalu kerana GDayX bukan bersifat teknikal, gDayX lebih banyak dihadiri oleh ramai usahawan, golongan professional, peminat teknologi dan pemilik-pemilik perniagaan. Turut hadir di gDayX adalah pasukan Google Student Ambassador (GSA) dari UiTM Kota Kinabalu. Tumpuan gDayX adalah untuk mendedahkan teknologi Google dengan entiti perniagaan tempatan. Motto GDayX Kota Kinabalu yang terpampang dipintu masuk adalah "Learn web technologies for business success". Jika dalam GDG DevFest Kota Kinabalu kesemua ucapan disampaikan dalam auditorium, kali ini dalam GDayX Kota Kinabalu kesemua ucapan disampaikan dalam panggung wayang dengan pentas yang lebih luas untuk pemberi ucapan, sistem audio yang lebih bagus (dan lebih jelas) serta paparan skrin projektor lebih besar. Sesi fotografi percuma turut ditawarkan kepada peserta. Bingkai gambar direka berupa user interface YouTube Malaysia dengan tajuk "World Most Awesome People In gDayX Kota Kinabalu" seperti kami paparkan dalam gambar di atas. |
Poly Homestay Untuk Di Sewa <b>Di Kota Kinabalu</b> Sabah | Coretan <b>...</b> Posted: 18 Nov 2013 08:08 AM PST Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Bercuti Sekolah kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti pada ketika ini.... Kepada para pelajar yang masih belum menghabiskan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... Teruskan perjuangan anda sehingga ke titisan terakhir.... Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang Cemerlang dalam peperiksaan SPM, supaya dapat dijadikan sebagai bekalan untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi.... In Shaa Allah... Sempena musim cuti sekolah ini pastinya ada rakan-rakan yang berhajat untuk membawa ahli keluarga bercuti-cuti Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah... Untuk makluman anda semua, Kota Kinabalu Sabah merupakan antara destinasi percutian menarik yang terdapat di Malaysia... Di sana anda bukan sahaja boleh melihat pemandangan indah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia, tetapi anda juga boleh melihat keindahan pantai dan pulau-pulau yang begitu mempersonakan... Terdapat banyak pulau yang boleh anda terokai di sana mengikut kemampuan masa dan kos percutian anda... Selain itu terdapat banyak tempat makan-makan yang menarik untuk dikungjungi disamping tempat-tempat membeli-belah yang pastinya digemari oleh kaum hawa yang gemar bershopping atau window shopping seperti isteri saya.... Pendek kata sekiranya anda sekeluarga menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, pasti anda akan rasa berpuas hati dan berbaloi dapat bercuti ke sana.... Sukar Mencari Tempat Penginapan di Kota Kinabalu? Sememangnya tidak dinafikan, ada yang "rasa malas" nak pergi bercuti ke Kota Kinabalu di sebabkan bimbang sekiranya tiada tempat tinggal atau sukar untuk mencari tempat tinggal yang selesa semasa berada di sana... Sebenarnya perkara yang sama juga yang pernah saya hadapi suatu ketika dahulu semasa mula-mula merantau di kepulauan Borneo.... Tetapi apabila dah biasa berada di kepulauan Borneo, kerisauan tersebut telah dapat diatasi... Sekarang ni maklumat tentang tempat penginapan berada di hujung jari.... Buka sahaja internet, terdapat banyak laman web yang dapat membantu kita membuat tempahan penginapan untuk bercuti di sana... Sekiranya ada golongan bujang atau baru mendirikan rumah tangga, anda boleh memilih untuk menginap di mana-mana hotel yang terdapat di Kota Kinabalu mengikut kemampuan kewangan anda... Terutamanya pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, sudah semestinya hotel merupakan suatu tempat penginapan yang sangat menarik dan selesa untuk membolehkan mereka berbulan madu..
Cara untuk Membuat Tempahan dan Daftar Masuk:
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Selepas ini bolehlah anda kongsikan pengalaman anda ketika menginap di Poly Homestay supaya dapat menarik minat orang ramai untuk menginap di sana... ;) |
Cadangan Projek Pembinaan Sistem LRT (Light Rail Transit) <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 13 Nov 2013 07:28 PM PST Sekali lagi blog ini mengutarakan idea bernas untuk negeri Sabah dan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kali ini blog ini mencadangkan pembinaan sistem LRT di Bandaraya Kota Kinabalu. Berikut adalah imej cadangan tersebut: Garisan Merah menunjukkan cadangan laluan LRT Berpusat di Terminal KK Sentral Wawasan, LRT di Kota Kinabalu akan menghubungkan kepada 7 terminal utama iaitu Terminal Putatan, Terminal Donggongon, Terminal Taman Tun, Terminal Tasik, Terminal Likas, Terminal Warisan dan Terminal Universiti. Laluan ini mengambilkira faktor kepadatan penduduk dan kepentingan di sepanjang laluan. Adalah dijangka dalam tempoh 10 tahun akan datang, jumlah kenderaan di Kota Kinabalu akan meningkat sebanyak 1 juta buah kenderaan. Dicadangkan agar pemandu kenderaan meletakkan kereta di kawasan parking Terminal yang berdekatan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sistem LRT ini dicadangkan tidak menganggu laluan keretapi dan jalan raya sedia ada. Maka laluan bertingkat akan digunakan. |
You are subscribed to email updates from di kota kinabalu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan