ads

Selasa, 29 Oktober 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


BAJET 2014 : Intipati Belanjawan Untuk <b>Negeri Sabah</b> | Khabar <b>...</b>

Posted: 25 Oct 2013 05:37 AM PDT

Bajet 2014 baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri pada petang tadi. Semestinya warga Sabah Di bawah Bayu ternanti-nanti, apakah 'habuan' yang bakal dinikmati oleh rakyat negeri ini. Berikut Khabarkinabalu senaraikan beberapa intipati penting Bajet 2014 yang berkaitan dengan Negeri Sabah :-

1. Dalam bidang minyak dan gas

- Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang Sabah

- Projek Pembangunan Bersepadu Pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan

- Projek Loji Regasifikasi, Lahad Datu

2. Sebahagian daripada peruntukan 1.6 Bilion Ringgit dikhususkan untuk pembangunan projek agropolitan, industri berasaskan kelapa sawit di Wilayah Pembangunan Sabah.

3. Sebahagian daripada 312 juta Ringgit digunakan untuk menaiktaraf Lapangan Terbang – Kota Kinabalu, Sandakan.

4. 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan sebanyak 1.5 bilion ringgit untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar (termasuk Sabah).

5. 850 Juta ringgit diperuntuk untuk penyambungan Kabel Dasar Laut yang baharu dari Semenanjung Malaysia (dalam tempoh 3 tahun) melibatkan Sabah & Sarawak menggunakan Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat di bawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia.

6. Projek ternakan lobster atau udang kara di Semporna, Sabah (kerjasama syarikat multinasional) untuk menghasilkan sebanyak 18 ribu tan metrik yang dijangka mewujudkan 20 ribu peluang pekerjaan dan membantu lebih 6000 pengusaha tempatan pada jangka panjang serta meningkatkan pendapatan sehingga empat ribu ringgit sebulan

7. 500 juta Ringgit Projek Lebuhraya Pan Borneo

8. 265 Juta Ringgit diperuntuk untuk  mengatasi bekalan elektrik di Sabah. Bagi mengukuhkan sistem penjanaan dan penghantaran seperti menaiktaraf Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, Pembinaan talian penghantaran elektrik Kimanis dan pembinaan stesen usis utama di Sandakan

9. 50 juta ringgit kerja pengukuran tanah dan pengesahan hak pemilikan tanah adat (bumiputera Sabah Sarawak

10. 75 juta ringgit untuk mantapkan operasi ESSCOM

11. 331 juta ringgit diperuntukkan Sabah & Sarawak untuk program penyeraman harga dan pemberian subsidi termasuk kos pengangkutan untuk tampung perbezaan harga barangan keperluan  dengan Semenanjung Malaysia.

itu adalah sebahagian daripada perkara yang melibatkan Sabah. Beberapa intipati yang lebig bersifat nasional akan dikupas lebih lanjut lagi oleh Khabarkinabalu dari masa ke semasa.

Apa kata anda?

bagaimana pula dengan kenyataan di perkara 204 dalam teks ucapan bajet 2014 ini?

Apa pula komen anda untuk itu? Maksud yang tersirat? atau…

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved