ads

Sabtu, 19 Oktober 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


HalamNiah: Maklumat berkaitan <b>negeri Sabah</b> dan Daerah

Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT

Sejarah Daerah-daerah Di Sabah

Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

1.Kota Kinabalu

Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai "British North Borneo" pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil "Api-Api". Petempatan tersebut bertukar nama kepada "Jesselton" sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri "British North Borneo", musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.

Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada "Kota Kinabalu" pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut sehingga di gantikan dengan datuk abidin mangikir sebagai datuk bandar ketiga

2.Sandakan

Ketika awal 1870-an, pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu yang turut memerintah kawasan yang kini merupakanFilipina selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh William Clarke Cowie, seorang penyeludup senjata api berbangsa Scotland dari Glasgow yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang kecil. Cowie menamakan penempatannya Sandakan, iaitu istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai "Kampung German" kerana bilangan besar orang Jerman yang bertapak di sini. Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh konsul Austria-Hungary Baron von Overbeck daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von Overbeck yang berbangsa British, Alfred Dent, Kampong German teranap pada 15 Jun 1879. Residen British yang baru, William B. Pryer, memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu Elopura, yang bermaksud Bandar yang Indah. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke Sandakan. Nama Elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan.Populasi penduduk Sandakan terdiri daripada masyarakat Bajau, Melayu, Kadazan Dusun, Orang Sungai, Bugis, Suluk dan lain-lain .

Pada tahun 1883, pusat pentadbiran Syarikat Borneo Utara Inggeris dipindahkan dari Kudat ke Sandakan. Pada pertengahan 1930-an, eksport kayu balak Sandakan mencapai angka rekod 180,000 meter padu, menjadikannya pelabuhan pengeksport kayu balak tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil balak, Sandakan menjadi tumpuan jutawan terbesar di seluruh dunia.

Pendudukan Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia II bermula pada 19 Januari 1942 dan bertahan sehingga sebuah briged Divisyen Ke-9 Australia membebeaskannya pada 19 Oktober 1945. Pentadbiran Jepun memulihkan nama Elopura untuk bandar ini. Antara kezaliman yang berlaku ketika Perang Dunia II ialah Kawat Kematian Sandakan, apabila askar Jepun hendak memindahkan sekitar 6,000 orangtawanan perang di Sandakan 260 km (160 batu) ke pekan Ranau di pedalaman Sabah. Tawanan-tawanan yang berjaya menempuh perjalanan ke Ranau hidup-hidup diasakkan ke dalam pondok-pondok yang kotor; kebanyakan mereka ini mati sama ada akibat penyakitdisenteri atau dibunuh oleh pengawal penjara. Setelah tamatnya perang, Sandakan ranap keseluruhannya, sebahagiannya akibat pengeboman Kuasa Berikat dan sebahagian lagi oleh pihak Jepun. Oleh itu, setelah Borneo Utara menjadi Tanah Jajahan British pada tahun 1946, ibu negerinya dipindahkan ke Jesselton (kini dikenali sebagai Kota Kinabalu).

Sandakan masih merupakan pelabuhan kedua terpenting di Sabah, selepas Kota Kinabalu. Pelabuhan ini penting untuk eksport kayu balak, kelapa sawit, tembakau, koko, kopi, gentian manila, dan sagu. Sandakan juga adalah antara bandar-bandar yang paling sibuk di Malaysia Timur.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak perniagaan telah memindahkan operasinya dari pusat bandar gara-gara kehadiran ramai pendatang tanpa izin di pusat bandar. Pada bulan Januari 2003,Sandakan Harbour Square, sebuah projek pembaharuan bandar, dilancarkan untuk cuba menghidupkan kembali pusat bandar sebagai pusat komersial utama di Sandakan. Projek ini akan menampilkan sebuah pasar besar dan pasar ikan yang baru (telah siap pada tahun 2006), sebuah pusat membeli-belah (Sandakan Harbour Mall), hotel, dan lot-lot kedai 3 dan 4 tingkat. Projek ini sedang dalam empat fasa dan dijangka siap pada awal tahun 2012.

3.Tawau

Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Τidung dan Suluk sebelum tahun 1890 (sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naunganKesultanan Bolongan-Tarakan serta penempatan masyarakat Bajau di Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.

Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melaluiSyarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBUB). Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak SBUB membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Kalimantan pada masa tersebut ( Tawau berkongsi sempadan di antara tanah jajahan Belanda dengan tanah jajahan Inggeris ) , pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda. ( Sejarah Malaysia )

Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.

Hak dan keistimewaan masyarakat tempatan telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Ketua Anak Negeri sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau untuk menyatakan keperluan dan permasalahan rakyat kepada pihak Kerajaan British. Sebelum itu jawatan Ketua Masyarakat pernah diberikan kepada Habib Sheikh pada tahun 1912 manakala jawatan Imam diberikan kepada Imam Mustapa pada tahun 1916. Jawatan Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya Kaya (OKK) yang pertama dilantik Kerajaan British penghujung 1920-an ialah OKKKee Abdullah, seorang Cina muslim.[2] Manakala pada tahun 1937 sehingga 1953, Penghulu Abu Bakar (anak OKK Kee Abdullah) telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan di sekitar daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di daerah Tawau ini.

Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) pada tahun 1945 yang diasaskan oleh Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu ini, telah menyatukan masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli-ahli persatuan inilah yang bersama-sama dengan Tun Datu Mustapa Datu Harun melalui USNO, menuntut kemerdekaan bagi negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan Islam Tawau (PIT) yang dipengerusi oleh Haji Abdul Karim Haji Drahman dan dibantu oleh Datuk Kassim Kamidin pada tahun 1956 telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan syiar Islam di seluruh Sabah

4.Lahad Datu

Lahad Datu, timur Sabah merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Lahad Datu, semasa pemerintahan Chartered Company, merupakan tempat persinggahan datu-datu dari kesultanan Sulu. Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah. .

5.Keningau

Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun lapangan terbang keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.

Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu keningau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah

6.putatan

Putatan merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat di negeri Sabah. Daerah ini terletak di antara daerah Penampang, Papar, dan Kota Kinabalu. Bermula 1 Mac 2007, Putatan telah dipisahkan daripada pentadbiran daerah Penampang untuk menjadi sebuah daerah penuh di Sabah.[1] Pada tahun berakhir 2007, populasi penduduk di Putatan dianggarkan seramai 85,454 orang.[2] INTI College Sabah telah membuka kampusnya di bandar Putatan. Kini bandar Putatan sedang mengalami peningkatan kemajuan dari segi pembangunan dan infrastruktur awam seperti sekolah, jalan raya, balai polis, pejabat pos, kedai, dan kawasan perumahan penduduk.

7.Donggongon

Donggongon adalah sebuah pekan besar yang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. Pekan ini terletak diantara daerah Penampang, tetapi kini ia dianggap adalah sebahagian darikawasan metropolitan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Sehingga tahun 2010, jumlah penduduk di pekan ini ialah sebanyak 1,460.[1] Ibu pejabat polis daerah Penampang, Perpustakaan daerah Penampang, dan Kompleks Sukan Penampang (KSP), adalah contoh bangunan infrastruktur awam yang terletak di pekan Donggongon. Donggongon juga cukup popular dengan "Pasar Tamu"(sebuah pasar mingguan yang hanya dibuka pada setiap hari Khamis dan Jumaat sahaja). Pada dua hari tersebut, dianggarkan beribu orang dari kalangan keluarga, orang awam, pelancong akan melawat pasar tersebut untuk membeli barangan rumah, makanan, barangan cenderamata tradisional seperti beg tangan, gelang mutiara dan gong. Ini kerana dikatakan banyak dari barangan di sana cukup unik kerana barangan dijual adalah hasil sulaman dan buatan tangan orang bumiputera Sabah yang asli dan tulen.

Donggongon adalah sebuah bandar utama untuk daerah Penampang. Bandar atau pekan besar ini turut mempunyai sebuah kompleks membeli-belah yang terpanjang di Sabah. Iaitu Kompleks Membeli-belah Megalong.

8.Semporna

Semporna merupakan sebuah pulau besar di mana di sekelilingnya terdapat banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau.

Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau yang berasal dari Selatan , Barat Laut dan Вarat Ďaya di kepulauan Filipina.

Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Вajau iaitu tarian Іgal-Ιgal ,Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini

9.Kudat

Kudat adalah sebuah bandar di Sabah, Malaysia timur, di utara pulau Borneo. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.

Kudat terletak di utara Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.

Penduduk Kudat (anggaran 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan Sulu.Walau bagaimanapun 51% penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama islam ( Bajau Bannaran,Ubian,Sungai, Brunei,Bajau dan Kagayan ), ikuti bumiputera etnik Rungus 30% dan etnik Cina 19%

Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran dan Вajau Úbian iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini.Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun , selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhanSandakan yang lebih selamat di timur Sabah.

Pada awalnya, Kudat bukanlah lokasi popular untuk pelawat-pelawat asing. Bagaimanapun beberapa resort moden dan padang golf yang telah dibina terutamanya semasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah berjaya menjadikan tempat ini sebagai destinasi baru pelancong dalam dan luar negeri. Tarikan setempat termasuklah rumah panjang Rungus di Bavang Gazo, di mana di tempat ini juga gong tradisional dibuat daripada loyang, dan madu lebah dihasilkan serta Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di pulau Borneo.

10.Kunak

Banci Penduduk Dan Perumahan Daerah Kunak Tahun 2000.

Di bawah adalah statistik Banci Penduduk dan Perumahan bagi daerah Kunak mengikut Banci Penduduk & Perumahan Malaysia tahun 2000:-

Tempat Kediaman; Didiami = 5,372, Kosong = 1,029, Jumlah = 6,402

Dengan isi rumah berjumlah 5,568.

Penduduk (Hari Banci); Lelaki = 13,641 orang, Perempuan = 11,273 orang, Jumlah = 24,907 orang.

Pentadbiran Mukim Dan Kampung

Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai. Mukim Pangi mengandungi 18 buah kampung, manakala mukim Madai 11 buah kampung.

Senarai kampung 'Mukim Pangi Mukim Madai' Kampung Airport Bt. 10 Kampung Cenderawasih Kampung Getah Kampung Giram Kampung Hampilan Kampung Jaya Baru Kampung Kadazan Kampung Kansuri Kampung Mostyn Kampung Pangi Kampung Pangi Hujung Kampung Pengkalan Kampung Sapang Air Kampung Selamat Kampung Skim Kokos Kampung Sungai Atas Kampung Sungai Langgas Kampung Telaga Tujuh

mukim madai Kampung Asli Baru Kampung Cina Kampung Dasar Baru Kampung Dasar Lama Kampung Kabog Kampung Kunak Darat Kampung Kunak Jaya Kampung Kunak Tiga Kampung Lormalong Kampung Madai Kampung Ulu Madai

11.Papar

Papar merupakan sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan.

12.Ranau

Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang.

Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30' U dan 6° 25' U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30' dan 117° 5' T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an. Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud.

13.Beaufort

Beaufort bererti "kota yang indah"[1] dalam bahasa Perancis silam, ia merupakan bandar dan daerah di Sabah di Malaysia timur di kepulauan Borneo. Penduduknya dianggarkan sekitar 61,698 pada 2000. Ia merupakan bandar provincial sekitar 90 kilometer selatan Kota Kinabalu, dengan rumah kedai dibina tinggi dari jalan bagi mengelakkan banjir berkala dari Sungai Padas. Pada asalnya ditubuhkan bagi membantu kemajuan ekonomi dalaman Sabah, kemakmuran awalnya berkait rapat dengan penanaman getah. Semasa Perang Dunia II, ia merupakan tepak pertempuran antara tentera Jepun dan Australia. Kemakmurannya kini bergantung kepada industri kelapa sawit.

Beaufort merupakan perhentian Kereta api Borneo Utara yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort. Stesyen kereta api di Beaufort bertarikh dari 1905. Khidmat harian biasa dikendali oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Khidmat perubatan dibekalkan oleh hospilal kerajaan 140 katil yang mempunyai khidmat rawatan utama dan kedua. Terdapat tiga klinik swasta dalam kawasan bandar.

Beaufort biasanya dilawati oleh tetamu bagi berakit air putih melalui Jeram Padas di Sungai Padas berhampiran yang dinilai sungai Grade 2 hingga 3.

Pasar terbuka, yang dikenali sebagai tamu diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Keluaran tempatan seperti buah segar, sayuran, daging segar, dan ayam hidup dijual di situ. Hari ia diadakan berbeza dari daerah ke daerah yang lain. Beaufort juga terkenal di Sabah bagi hidangan cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, hidangan mee dihidang kering atau berkuah.

Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, North Carolina.[2]

14.Kinarut

Kinarut adalah sebuah pekan yang terletak di luar ibu negeri Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasinya kira-kira 20 kilometer ke selatan Kota Kinabalu, ia juga merupakan salah satu perhentian / stesen bagi Jabatan Kereta Api Negeri Sabah. Di antara tempat pelancongan terbaik yang terdapat di Kinarut adalah Pusat Menunggang Kuda Kindawan, Pulau Dinawan dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi. Penduduk asal Kinarut adalah (Bajau)Samah, Berunai dan Dusun/Idahan.

Isu utama di kinarut adalah pembangunan dan banjir. Penempatan Filipino pula telah banyak menimbulkan masalah kepada penduduk sekitar sejak penempatan itu diwujudkan.

15.Kota Belud

Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta. Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai 'Daerah Koboi Timur' kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

sumber : penseltajam

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved