di negeri sabah - Google Blog Search |
- <b>Sabah Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia? - Berita Semasa
- Rafi Harumin: Istilah yang terkenal <b>di Negeri Sabah</b>.
- Muhyiddin Tiba <b>Di Sabah</b> Untuk Lawatan Dua Hari - MyNewsHub
<b>Sabah Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia? - Berita Semasa Posted: 08 Sep 2013 06:20 PM PDT Jikalau anda masih ingat lagi Datuk Seri Najib pernah menegaskan (SEPERTI DI SINI) tahun lepas (tahun 2012) yang mana negeri Sabah bukan lagi negeri termiskin tetapi negeri Kelantan adalah negeri termsikin di Malaysia. Hari ini….. Secara rasminya negeri Sabah yang terkenal dengan sumber alam semula jadinya seperti balak yang bermutu tinggi dan minyak serta gas diumumkan sebagai negeri termiskin di Malaysia.
Apa yang Berita Semasa perhatikan adalah, GLC dilihat kurang berminat untuk melabur di Kelantan. Berita Semasa tidak pasti apa sebabnya. Contohnya perledangan kepala sawit. Tanah terbentang luas di Kelantan tetapi GLC sanggup melabur di negara lain yang banyak risikonya contohnya di Indonesia dan Afrika. Akhirnya, apa yang jadi sekarang? Banyak tanah-tanah persendirian terpaksa pajak kepada syarikat persendirian termausklah syarikat non bumiputra. Sebelum ini, pernah tercetusnya kontroversi apabila rakyat negeri Johor dicop sebagai rakyat termiskin di Malaysia dek kerana kos sara hidup di sana yang terus melambung tinggi akibat kemasukan & pembangunan bertali arus yang banyak dikhususkan untuk rakyat Singapura berbelanja berbanding rakyat Kelantan seperti laporan Berita Semasa (DI SINI) Apa kata anda terutamanya rakyat Kelantan dan Sabah apabila negeri anda menjadi negeri termiskin di Malaysia dan juga merupakan rakyat yang menerima gaji terendah di Malaysia? |
Rafi Harumin: Istilah yang terkenal <b>di Negeri Sabah</b>. Posted: 08 Sep 2013 06:48 AM PDT Istilah yang terkenal di Negeri Sabah. Mari kita berkenalan dengan dua istilah yang biasa digunakan oleh golongan belia di Negeri Sabah. Perkataan atau istilah yang pertama ialah 'trep'. Trep bermaksud perasan. Saya tidak tahu dari mana asal usulnya perkataan ini. Apapun, ia sudah sebati digunakan dalam perbualan dengan memahami maksudnya seperti yang dinyatakan. Antara contoh ayatnya adalah seperti berikut; i. "Si polan itu memang TREP artis. Menyanyi dan berpakaian seperti penyanyi padahal suaranya benar-benar memanggil hujan!" ii. "Kau jangan cuba-cuba TREP penulis di sana. Sudahlah penulisan pun main hentam keromo, buruk pula tu!" iii. "Masalah kau ini, seluruh aspek kehidupan pun kau macam tahu. TREP sempurna. Kawal-kawallah diri jangan kuat berTREP!" Itu istilah pertama berserta contohnya. Yang kedua pula disebut 'memulitik'. Maksudnya, seseorang yang kuat temberang atau cakap berbelit-belit. Rasanya tuan puan sudah tahu apa kata akarnya bukan? Contoh ayatnya pula adalah seperti berikut; i. "Engkau, kalau bercakap biar jelas pada maksud. Jangan kuat MEMULITIK! ii. "Si anu itu, janji-janjinya selalu melangit, padahal MEMULITIK saja. Sekian, selamat belajar. |
Muhyiddin Tiba <b>Di Sabah</b> Untuk Lawatan Dua Hari - MyNewsHub Posted: 29 Sep 2013 08:55 PM PDT KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan. Majlis pertama beliau di negeri ini ialah menghadiri perjumpaan dengan usahawan Sabah di Hotel Le Meridien di sini. Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama Institut Pendididkan Guru (IPG) di Dewan Saadah Wisma Muis, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS). Pada malam, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menghadiri majlis makan malam bersama anggota Badan Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO Negeri Sabah. Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Taman Kepayan Ridge sebelum menemui warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UMS. Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas perjumpaan khas bersama mahasiswa itu. – BERNAMA Muhyiddin Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Harihttp://mynewshub.my/2013/09/30/muhyiddin-tiba-di-sabah-untuk-lawatan-dua-hari/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin1-150x150.jpg TerkiniMuhyiddinKOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan... KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan. Majlis pertama beliau di negeri ini ialah menghadiri perjumpaan dengan usahawan Sabah di Hotel Le Meridien di sini. Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama Institut Pendididkan Guru (IPG) di Dewan Saadah Wisma Muis, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS). Pada malam, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menghadiri majlis makan malam bersama anggota Badan Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO Negeri Sabah. Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Taman Kepayan Ridge sebelum menemui warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UMS. Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas perjumpaan khas bersama mahasiswa itu. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratormyNewshub
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Copyright 2010 All Rights Reserved |