10 di tuaran - Google Blog Search |
- MaMaRey: Tamu Ahad <b>Di Tuaran</b>
- Tour Of Borneo 2013 – STAGE 1 KOTA KINABALU – <b>TUARAN</b>
- BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search
MaMaRey: Tamu Ahad <b>Di Tuaran</b> Posted: 01 Sep 2013 09:59 PM PDT Awal pagi ahad kelmarin, jalan-jalan ke Tamu Ahad Di Tuaran. Tempat mencari barangan dapur basah atau kering yang pelbagai. Bertolak seawal jam 6 pagi untuk elakkan kesesakan jalan dan cuaca panas. Suasana Tamu Ahad Di Tuaran. Orang masih kurang. Setiap ahad ia beroperasi seawal jam 6 pagi hinggalah jam 2 petang. Macam-macam boleh dapat di Tamu ini. Sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, ikan-ikan segar, ubat-ubatan, kuih-muih, baju-baju dan banyak lagi. Hujung ke depan dalam gambar ialah tempat memilih barangan dapur dari sumber laut. Ikan, kerang, udang, ketam, rumpai laut dan macam-macam lagi. Ikan Talapia, RM10 setompok. Sebelah ikan talapai tu kerang. Kerang RM2 sebungkus.. Cendawan dalam bahai(plastik) biru, RM5 harganya. Pakcik Dusun tu siap bagi demo lagi. Nampak kaler putih atas beg tu. Itu ialah kulit batang cendawan yang dikupas oleh pakcik tu. "Ko kasi buka kulit dia dari sini bawah ni batang cendawan...Baru lembut makan...Sedap baini cendawan kalo kasi sup..manis..Sia pakai tanah tanam" Owh..Macam itu rupanya. Kupas kulitnya supaya lembut batang cendawan tu bila dimasak. Pounsikou(terima kasih) tips ni uncle. Nanti akan ditry..;) Selama ini saya main buang saja batang cendawan tu. Adehh...membazirnya...Pucuk ubi, jantung pisang, buah pisang dan macam-macam lagi. Saya beli halia RM2 seikat. Nampak benda panjang hijau, hujungnya kemerah-merahan tu..Itu ialah batang tuhau sebelum dikupas kulitnya. Sedap kalau dibuat Jeruk Tuhau. Dalam botol penutup kuning dan merah tu pula Jeruk Buah Bambangan. Abang jual gula kapas sedang berdiri di tepi jalan menunggu peminat-peminat kecil datang membeli. Teringat pula masa kecil-kecil dulu, selalu beli gula kapas ni bila mengikut ibu atau nenek ke tamu..:) Ini bahagian kesukaan anak-anak kecil, kereta mainan..Dalam mangkuk besar tu pula ialah memerang mandi-manda sambil bermain bola. Mainan yang menggunakan bateri. Ni kalau budak-budak tengok mesti suka. Saya pun terberhenti sekejap tengok. Seronok pula tengok si memerang tu bermain bola..hehe.. Singgah beli kuih kesukaan hati, Kuih Penjaram. Ada tiga jenis rasa. Hijau, pandan. Coklat, gula melaka. Putih, biasa. Saya beli ketiga-tiga jenis. RM1 untuk empat keping. Baru keluar dari kuali..:) | |
Tour Of Borneo 2013 – STAGE 1 KOTA KINABALU – <b>TUARAN</b> Posted: 18 Aug 2013 08:09 AM PDT TUARAN 18 Ogos 2013.Perlumbaan basikal Tour Of Borneo 2013 (ToB) memulakan sesi perlumbaan jelajah pada hari ini dengan pekan Tuaran menjadi destinasi pertama perlumbaan. Perlumbaan jelajah ini dimulakan dengan Stage 1 – Kota Kinabalu – Tuaran pada jarak jelajah sejauh 107.8KM (bermula di Kota Kinabalu menuju Kota Belud dan berakhir di pekan Tuaran). Pada garisan penamat hari ini di pekan Tuaran pelumba Australia dari pasukan Sarawak's Team Corbusier Paul Van Der Ploeg memenangi Stage 1 sejauh 107.8KM ini dengan catatan masa 2.40.45saat. Selain menjuarai Stage 1 ini Paul Van Der Ploeg juga memenangi jersey hijau (Sprint Competition) dan jersey kuning (General Classification). Perlumbaan ToB tahun ke-2 ini disertai oleh 10 pasukan UCI Continentel, 4 pasukan kebangsaan, 6 pasukan negeri dan kelab dari pelbagai negara iaitu Australia, Azerbaijan, Ireland, Iran, Bahrain, Uzbekistan, Japan, Hong Kong, Taiwan, Singapore, Indonesia, Brunei dan Filipina serta pasukan tempatan Malaysia. Pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang perlumbaan Stage 1, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11. Kiulu merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai memakaikan Jersei Hijau – Raja Pecut (Sprints Competition) kepada pelumba dari Australia Sarawak's Team Corbusier, Paul Van Der Ploeg. Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau turut hadir pada majlis ini dan memakaikan Jersi Kuning (General Classification) kepada pemenang. Perlumbaan akan diteruskan seperti berikut; STAGE 2 – 19 August 2013 – 189.2km- Tanjung Aru–Papar STAGE 3 – 20 August 2013 – 132.6km – Penampang–Kota Kinabalu STAGE 4 – 21 August 2013 – 147.1km – Kota Kinabalu-Kundasang STAGE 5 – 22 August 2013 – 112.4km – Kundasang–Kota Kinabalu | |
BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search Posted: 17 Aug 2013 07:18 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan