ads

Selasa, 1 Oktober 2013

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Surat kpd Pengarang/ Banjir <b>di</b> KG Binsilon, Tumantalik, <b>Tenom</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2013 02:26 AM PDT

September, 19, 2013 - 5:26 pm
Noorita and a villager pointing to the flooded areas.

Noorita and a villager pointing to the flooded areas.

KAMPUNG BINSILON terletak lebih kurang 5 km perjalanan dari Pekan Tenom ke Taman Pertanian Lagud Seberang dan merupakan salah sebuah kampung terletak di kawasan tanah rendah, yang sering dilanda banjir.

Penduduk kampung yang berjumlah lebih kurang 150 lebih penduduk dan terdiri daripada majoriti berbangsa cina dan murut hidup bergantung kepada hasil pertanian iaitu penanaman kelapa sawit, getah dan buah – buahan seperti jambu untuk menampung kehidupan sehari – harian.

Walau pun penduduk kampung akur dengan keadaan muka bumi kampung mereka yang rendah, namun penduduk kampung amat mengharapkan agar pihak kerajaan dan pihak berkuasa untuk membantu mereka melebarkan dan mendalamkan system perparitan yang sedia ada bagi memudahkan air banjir mengalir keluar seterusnya mempercepatkan proses pengeringan tanah selepas berlakunya banjir.

Menurut Encik Lai, salah seorang penduduk kampung Binsilon, JKK kampung Binsilon telah pernah membuat aduan kepada Jabatan Perparitan dan Saliran daerah Tenom berhubung dengan permasalahan sistem perparitan di kampung mereka tapi tidak ada tindakan yang diambil sehingga ke hari ini.

Menurut Encik Lai lagi, parit yang sedia ada berukuran lebih kurang 6 kaki lebar X 4 kaki dalam, sudah tidak diselanggar oleh pihak  berkenaan lebih kurang 3 tahun menyebabkan apabila berlakunya banjir, air banjir lambat surut sehingga kadang – kadang mengambil masa 1 minggu untuk surut, hal ini memberi kesan kepada pokok – pokok tanaman sehingga ada pokok – pokok tanaman mereka yang mati.

Penduduk kampung Binsilon sangat mengharapkan agar pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dapat campur tangan dan mengambil berat tentang permasalahan sistem perparitan di kampung mereka.

Penduduk kampung sangat mengharapkan agar parit yang sedia ada di lebar dan didalamkan dan Kalbot yang sedia ada diganti dengan Kalbot yang bersaiz lebih besar, dan seterusnya pihak kerajaan dapat membantu mereka untuk campur tangan dan mencari penyelesaian dengan hal tuan tanah yang tidak bersetuju dalam hal perparitan di kampung tersebut tersebut.

Noorita

Melalap

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved