ads

Khamis, 3 Oktober 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Nelayan mati ditembak dalam insiden rompakan laut <b>di Tawau</b> ABN <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2013 04:59 AM PDT

TAWAU – Seorang nelayan maut selepas terkena tembakan di bawah dagu dalam kejadian rompakan laut di kawasan perairan Inderasabah semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supritendan Keong Ho Eng berkata mangsa, Wilson Ortis, 68, ditembak ketika dia dan seorang rakan sedang menangkap ikan menggunakan pukat di kawasan perairan itu kira-kira pukul 8 malam.

Menurut Ho Eng, mangsa dan rakannya itu keluar menangkap ikan di kawasan perairan Inderasabah menggunakan bot jongkong kira-kira pukul 5 petang dan semasa menarik pukat pada pukul 8 malam, tiba-tiba mereka didatangi tiga lelaki menaiki bot pam dan berpakaian serba hitam.

Pada mulanya mereka meminta minyak daripada mangsa dan mengeluarkan pistol serta parang ketika cuba menaiki bot mangsa.

Mangsa yang cuba mengambil pisau di dalam perahunya ditembak, menyebabkan mangsa jatuh tersungkur di dalam perahu, katanya dalam kenyataan media.

Menurut Ho Eng, suspek melarikan diri ke arah laut setelah mengambil enjin sangkut dan tangki minyak dari bot mangsa manakala mangsa dan rakannya diselamatkan nelayan lain.

Dalam perkembangan lain, polis Tawau memberkas dua lelaki dalam Op Cantas Khas di pusat hiburan pada awal pagi hari ini.

Menurut Ho Eng, dua lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada 96 lelaki yang diperiksa di tiga buah kelab malam dalam operasi yang dianggotai lima  pegawai dan 32 anggota polis. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved