ads

Selasa, 15 Oktober 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Bank Rakyat dijangka buka cawangan <b>di Semporna</b> akhir tahun ini <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 04:02 AM PDT

August, 26, 2013 - 7:02 pm

Zainal aminiKOTA KINABALU: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dijangka membuka cawangan baharu di Semporna yang merupakan cawangan ke-13 di Sabah pada akhir tahun ini.

Ketua Wilayah Sabah Bank Rakyat Zainal Amini Sulaiman (gambar) berkata lokasi yang strategik telah dikenal pasti untuk menempatkan cawangan baharu selain potensi kepentingan pelanggan di daerah itu.

"Kami berharap dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk setempat di sana yang akan lebih memudahkan pelanggan daripada pergi ke Sandakan atau Tawau yang agak jauh dari pekan Semporna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri cawangan Bank Rakyat Kota Kinabalu di Harbour City di sini, hari ini.

Menurutnya, bank mempunyai cawangan-cawangan di Likas, Penampang, Putatan, Kota Belud, Kota Marudu, Beaufort dan Keningau selain Sandakan, Tawau dan Lahad Datu serta Labuan.

Dalam pada itu, Zainal Amini berkata program Kempen Langgan & Menang serta Simpan & Menang yang dijalankan meningkatkan sambutan orang ramai terhadap bank yang menawarkan pelbagai produk dan kemudahan pelanggan perbankan Islam itu.

Beliau berkata produk yang paling mendapat sambutan di negeri ini ialah pembiayaan peribadi dan perumahan serta pinjaman sewa beli.

Pada majlis itu, Bank Rakyat turut menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM50,000 kepada Sekolah Agama Pahu, Ranau bagi kos membaik pulih sekolah.

Selain itu, Yayasan Bank Rakyat turut memberi sumbangan berbentuk jersi bola sepak kepada tujuh buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu dan duit raya kepada Rumah Anak Kesayangan Sabah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved