10 di sandakan - Google Blog Search |
Kancil 8349: Bercuti <b>Di Sandakan</b> : Taman Peringatan Perang <b>...</b> Posted: 23 Sep 2013 06:00 PM PDT Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia. Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349. Entri sebelum nie Kancil bawa kalian ke gereja dan tokong di atas bukit. Kali ini Kancil akan bawa kalian ke tempat sejarah yang berkaitan antara Malaysia, Australia, England dan Jepun. Sebut je Jepun pastinya korang akan taw sejarah mengenainya. Kerajaan Jepun pernah mengegarkan dunia dengan menakluk separuh Benua Asia. Kini ia tinggal sejarah. Sejarah yang kebanyakan generasi kita tidak merasai kepahitan dan keperitan yang dialami pada zaman tersebut. Malah menganggap ia satu mimpi orang – orang tua. Jika kita berada di tempat nie pastinya korang merasa sesuatu dan mengalaminya sendiri. Kancil sendiri pun hampir menitiskan air mata membaca beberapa artikel mengenainya. Taman Peringatan Sandakan merupakan taman peringatan bagi para tawanan perang Dunia Kedua yang menderita dan terkorban di sini mahupun dalam Kawat Maut dan di Ranau. Selain itu menghargai pengorbanan dan penderitaan orang – orang tempatan yang telah membantu para tawanan. Para tawanan ini merupakan askar – askar British dan Australia yang telah mempertahankan Singapura pada tahun 1942. Para tawanan ini telah dipaksa membina sebuah landasan kapal terbang dari bulan Januari 1942 hingga Jun 1945. Seramai 2500 orang tawanan berada di kem tawanan perang ini. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lebih 1000 orang tawanan telah dipaksa melakukan Kawad Maut sejauh 260 km dari Sandakan ke Ranau. Dalam kawad maut tersebut hanya 6 orang tawanan sahaja yang terselamat. Mereka telah dibantu oleh penduduk tempatan termasuk seorang kanak – kanak perempuan yang telah menggadai nyawa mereka sendiri. Gambar di sebelah kiri merupakan mesin penggali parit yang digunakan oleh Pihak Jepun dalam membina Lapangan Terbang Udara. Tetapi telah disabotaj oleh seorang tawanan. Ia tidak pernah lagi bergerak dari tempatnya. Merupakan sebuah traktor Fordson. Masih kuat lagi jika kita lihat. Gambar di sebelah kanan merupakan pelan Kem Tawanan Perang Sandakan. Jika rakan blogger lihat dekat perkataan POW, di situ ada pokok besar yang dikenali sebagai The Big Tree. Di sinilah para tawanan berehat dan yang sakit berteduh. Malah ada yang menyimpan barang – barang peribadi mereka sekitar kawasan tersebut. Ada yang mengatakan ia sebagai simbol kehidupan dan semangat untuk hidup. Namun, pokok ini telah ditumbang atas sebab – sebab tertentu. Untuk makluman, Kem Tawanan Perang ini pernah di bom oleh tentera bersekutu. Hanya The Big Tree yang kekal berdiri. Pada ketika itu, para tawanan telah bergerak ke Ranau. Gambar di atas sebelah kiri merupakan pemandangan Bandar Sandakan sebelum Perang Dunia kedua. Disinilah pusat pentadbiran North Borneo Company. Gambar di sebelah kanannya adalah keadaan Bandar selepas dibom oleh Jepun. Itulah sebahagian cerita yang Kancil dapat kongsikan dengan rakan blogger. Berharap, jika ada rakan blogger ingin bercuti ke Sabah, singgahlah sebentar ke Sandakan. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349. |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan