ads

Selasa, 15 Oktober 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Hotel Best <b>di Sandakan</b> (II) - Cerita kita berlainan walau di dunia <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2013 02:08 AM PDT

Assalamualaikum

Ok sambung cerita...

Pada hari kedua kami di Sandakan,lepas saja hubby balik kerja kami pusing-pusing area Bandar Sandakan sampai ke Batu 4 untuk cari hotel best.Setelah di survey kami ambil keputusan untuk stay di D'northstar Hotel yang terletak di Bandar Prima Batu 4.Bandar ni kira pusat tumpuan selepas Bandar Sandakan.Banyak kedai best dan semua bank ada dekat sini.Lagipun time malam bandar ni lagi happening dari Bandar Sandakan sebab kedai buka sampai tengah malam.Kalau pergi bercuti di Sandakan disarankan tidak pergi ke Bandar Sandakan kecuali bercadang untuk pergi ke Harbour Mall sebab kedai di bandar Sandakan around jam 6 lebih banyak yang sudah tutup.

Kami still ambil bilik superior katil king saiz  dan rate nya untuk satu malam around RM150 tanpa breakfast. Biliknya cosy dan selesa juga tapi tidak la luas sangat.Iron/seterika tidak disediakan dalam bilik,so kena call receiptionist mintak hntar iron ke bilik. Saya paling suka color dan design tndas hotel ni.Siap masukkan dalam list wishlist design rumah lagi. So design rumah nanti kena ada tandas macam hotel ni dalam bilik ya hubby heheheee.Wifi free ada disediakan ok.So bolehla off kan data network untuk jimatkan bandwith broadband :-p

Ohhh di Batu 4 ni tak perlu risau bab cari makanan.Banyak ja restoran best dekat sini.Kalau yang biasa lepak Secret Recipe,big apple donut,moo cow dan old town kopitiam cari saja di area ni.Yang suka lepak mamak pula saya syorkan pegi restoran Habeeb.Roti canai dia....perghhh! Terpaling sedap saya pernah rasa di Sandakan.Lembut,garing dan tepungnya tidak liat/mentah. Restoran Habeeb ni banyak cawangan,dekat area bandar dan batu 7 pun ada juga.

Siapa yang terasa mau pegi makan dessert pula boleh pegi 7 Heaven Dessert Parlor. Kedai ni terletak sebaris dengan Bank Islam di batu 4 juga dan kedainya agak suram sikit sebab lampunya malap.Since kami suami isteri bukan penggemar dessert so kami order chicken pie dan 2 scoop ice cream with brownise saja.Itupun susah payah mau kasi habis :-p

Keesokan harinya lepas brunch di Old Toen Kopitiam kami meneruskan percutian di kampung hubby pulak :-p

*Kalau mau stay hotel lebih murah boleh stay di Hotel Prima Batu 4.Rate ada dalam pic bawah ni.

*Sila abaikan tudung yang di recyle itu.Semuanya gara-gara malas meng'iron'tudung lain :-D

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved