ads

Selasa, 1 Oktober 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Pusat pendidikan kedua untuk kanak-kanak tiada dokumen dibuka <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2013 08:50 AM PDT

September, 21, 2013 - 11:50 pm

SANDAKAN: Pusat pembelajaran yang dibuka Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) di Kampung Bahagia di sini, memberi peluang pendidikan kepada kira-kira 1,200 kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen pengenalan lengkap di daerah ini.

Pusat pendidikan alternatif itu yang dilancarkan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap hari ini, beroperasi sejak Jun tahun lepas. Ia merupakan pusat pendidikan kedua dibuka di Sabah dengan yang pertama di Kampung Numbak, Kota Kinabalu.

Timbalan Perwakilan Unicef Dr Victor Karunan berkata pusat pendidikan yang dibuka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu kini menempatkan 510 kanak-kanak bukan warganegara berumur antara tujuh hingga 15 tahun yang tidak memiliki dokumen lengkap.

Beliau berkata penubuhan pusat pendidikan itu bagi memastikan setiap kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan saksama meskipun mereka yang berdepan dengan bermacam halangan.

"Golongan kanak-kanak ini tidak pernah bersekolah sebaliknya mereka menghabiskan zaman kanak-kanak melepak di tepi jalan, bekerja sebagai buruh kanak-kanak dan terdedah kepada gejala sosial dan tidak sihat," katanya.

Beliau berkata pendidikan alternatif perlu disediakan untuk mereka yang tidak memperoleh pendidikan di bawah sistem pendidikan negara, terutama di Sabah agar dapat memenuhi hak kanak-kanak di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak dan mencapai objektif pendidikan untuk semua dan matlamat pembangunan millenium sebelum tahun 2015.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved