ads

Khamis, 24 Oktober 2013

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


6 Cedera MASWing Terhempas <b>Di Kudat</b> | My Ritz

Posted: 10 Oct 2013 02:19 AM PDT

20131010-172016.jpg

Sebuah pesawat MASwing Twin Otter yg membawa 16 orang penumpang dari Kota Kinabalu terhempas di Kudat semasa membuat pendaratan kecemasan kira-kita jam 2.45 petang tadi.

Seorang maut dan 5 orang dipercayai cedera, dan kini pasukan penyelamat yg terdiri dari 11 anggota telah berada di tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa.

Update Terbaru : 2 Maut, 4 Parah

Kesemua mangsa dapat dikeluarkan dan dihantar ker Hospital Kudat.

P/s – Moga kesemua mangsa dalam keadaan selamat hendaknya.

Laporan awal pesawat MASwing terhempas pada jam 3.00 petang.

1. Pada 101450H Okt 13, sebuah pesawat ringan MASwing telah terhempas di lapangan terbang kudat.

2. Semasa kejadian pesawat sedang cuba mendarat tetapi gagal kerana angin kencang telah menyebabkan pesawat tersebut terbabas ke sebelah kanan landasan dan melanggar sebuah rumah di kg berhampiran.

3. Pihak lapangan terbang kudat telah menelefon kem kudat utk memohon bantuan pada jam 1500H.

4. Setakat ini hanya 3 org yg telah berjaya dikeluarkan iaitu 2 org pilot dan seorang penumpang.

5. Menurut pilot pesawat itu membawa 14 org penumpang.

6. Penumpang lain belum dikeluarkan lagi disebabkan enjin pesawat yang masih berpusing dan pihak bomba menunggu sehingga enjin tersebut kehabisan minyak utk menyelamatkan mangsa yang lain.

20131010-172032.jpg

20131010-175755.jpg

20131010-193542.jpg

20131010-193558.jpg

20131011-175948.jpg

20131011-180005.jpg

20131011-180030.jpg

Penumpang cerita pengalaman sebenar ketika pesawat Maswings <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2013 08:11 PM PDT

"Keluar...!" jerit saya sekuat hati kepada semua penumpang setelah membuka tali pinggang seorang makcik di sebelah saya dan menarik kaki seorang kanak-kanak untuk menyelamatkannya."
Demikian situasi cemas diceritakan oleh Irwansyah Einin, 23, ketika pesawat jenis Twin Otter milik MASwings tergelincir dan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Kudat di sini semalam.

Irwansyah merupakan seorang daripada penumpang pesawat itu memberitahu, dia berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu kecemasan di belakang tempat duduk pembantu juruterbang.

Katanya, selepas berjaya keluar, dia mengambil keputusan masuk kembali ke dalam pesawat untuk menyelamatkan juruterbang tetapi gagal.

"Saya tidak dapat mengeluarkan juruterbang kerana ruang yang sangat sempit menyebabkan tangan saya tidak dapat menjangkau atau memegang apa-apa. 
"Bau minyak enjin yang menerpa hidung dan asap kelihatan dari tempat duduk juruterbang membuat saya terpaksa keluar. 
"Saya yang berasa amat sedih sempat bercakap dalam hati, 'saya minta maaf, saya minta maaf, saya tak dapat selamatkan tuan', lalu saya keluar menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Hospital Kudat di sini hari ini.
Menceritakan detik awal kejadian, Irwansyah berkata, penumpang dimaklumkan bahawa mereka akan mendarat namun roda pesawat tidak dapat menyentuh landasan lalu kapal terbang itu membuat cubaan mendarat kali kedua.

Katanya, ketika cubaan mendarat kedua, roda pesawat telah menyentuh landasan namun angin kuat menyebabkan pesawat tersasar ke sebelah kanan landasan.

Tambahnya, dia kemudian terasa roda pesawat telah melanggar sesuatu menyebabkan pesawat itu menegak sebelum senget ke kanan membuatkan sayap kanan melanggar pokok.

"Tidak terdengar sebarang jeritan kerana insiden berlaku dengan pantas. Cuma setelah saya menjerit agar semua keluar, barulah keadaan menjadi kelam-kabut," katanya.
Irwansyah yang merupakan kerani di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, dalam perjalanan balik ke Sandakan untuk menghadiri temuduga di Jabatan Kesihatan, Sandakan. -Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved