ads

Ahad, 20 Oktober 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


SMK Langkon <b>di Kota Marudu</b> dapat sistem solar pv | The Borneo <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2013 02:21 AM PDT

September, 10, 2013 - 5:21 pm
Dr Max di majlis pelancaran system solar di SMK Langkon

Dr Max di majlis pelancaran system solar di SMK Langkon

KOTA MARUDU: SMK Langkon di Kota Marudu di sini muncul sebagai penerima sistem solar photovoltaic (PV) 9.kW yang akan menjana kuasa elektrik untuk kegunaan sendiri sambil menjimatkan bil sekolah berkenaan.

Sistem itu merupakan projek di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan SESB.

Ia bertujuan menggalak dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar dan masyarakat setempat tentang pentingnya menghasilkan tenaga boleh diperbaharui.

"Ini akan membantu kita mencapai agenda negara untuk menggalakkan penggunaan tenaga hijau dan bersih, termasuk di kalangan masyarakat bawahan," kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang melancarkan projek itu di sekolah berkenaan hari ini.

Ongkili berkata projek itu menjadi model oleh kerana ini kali pertama system meter 'bersih' digunakan di Sabah oleh SESB.

"Dengan sistem ini, baki tenaga yang tidak digunakan di premis itu akan dijual balik kepada SESB.

Projek itu dilaksanakan dengan dana tajaan RM90,000 dari Syarikat Warisan Harta Sabah Sdn Bhd.

Sekolah itu dipilih kerana kawasannya menempatkan dua sekolah – SK Langkon dan SMK Langkon.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved